Halaman

Isnin, 12 Disember 2011

Bicara Nurani

Inilah yang dapat saya simpulkan mengenai ucapan YAB Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan di majlis Sepetang Bersama MB di Taman Paroi Jaya pada 10 Disember lalu.
    Sebagai pemerhati politik yang mengikuti perkembangan beliau secara dekat sejak hari penamaan calon pada 2004, ini adalah ucapan terbaik yang pernah saya dengar – sesuai dengan tempat, masa dan suasana.
    Tempat: Beliau berucap berhampiran rumah mentuanya – di sini bermula fasa pertama kisah cintanya dengan YM Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin. Kata-kata yang terlafaz penuh kejujuran; kata seorang jiran.
    Masa: Beliau tidak menyembunyikan keadaan politik semasa. Malah beliau mengaku ada di antara calon BN yang diturunkan dahulu tidak dapat berkhidmat seperti yang diharapkan.
    Suasana: Semangat kekeluargaan yang tinggi.
    Sebagai tanda menghargai seorang pemimpin yang bervisi, blog ini akan memaparkan beberapa petikan ucapan beliau itu.
    Ia dimulakan dengan beberapa peribahasa yang diungkapkan – peribahasa yang mungkin sudah dilupakan sebahagian orang.
Antara peribahasa itu:  http://www.youtube.com/user/zulkifliabu?feature=mhee
Catat Ulasan