Dah nak masuk umur 63 tahun baharu aku dapat peluang masak untuk kuantiti yang besar – lebih 50 orang. Sebetulnya cerita bab masak, yang kecil-kecilan pun aku jarang. Sejak bersara aku tinggal sendirian di rumah kerana isteri masih bekerja. Apa lagi pandai-pandailah bawa diri.
Walaupun aku Penyelaras Suluk (kalau dalam cerita dunia; aku bos nombor satu selepas Sheikul sebagai pentadbir utama) Aku
sengaja menawarkan diri membantu Khalifah Syawal yang kali ini keseorangan
kerana sebahagian besar Khalifah masih bekerja.
Selain aku yang sudah bersara, Khalifah Edrus peniaga sayur di Pasar Besar Seremban akan menguatkan skuad kami. Tugasnya di pasar diserahkan kepada anaknya. Sesekali Khalifah Hadid yang masih dalam rawatan hospital turut datang meringankan tulang.
Begitu juga dengan imam Khalifah Azizul yang sibuk bertugas di KLIA sanggup datang pada sebelah malam untuk meringankan tugas kami.
Khalifah Yusof pastinya tidak boleh diganggu sama sekali kerana sebagai Qossim, beliau adalah pentadbir utama aspek kerohanian - mengajar dan membimbing para salik.
Selain aku yang sudah bersara, Khalifah Edrus peniaga sayur di Pasar Besar Seremban akan menguatkan skuad kami. Tugasnya di pasar diserahkan kepada anaknya. Sesekali Khalifah Hadid yang masih dalam rawatan hospital turut datang meringankan tulang.
Begitu juga dengan imam Khalifah Azizul yang sibuk bertugas di KLIA sanggup datang pada sebelah malam untuk meringankan tugas kami.
Khalifah Yusof pastinya tidak boleh diganggu sama sekali kerana sebagai Qossim, beliau adalah pentadbir utama aspek kerohanian - mengajar dan membimbing para salik.
Untunglah
dalam jemaah sufi ini, kami hanya dibenarkan makan satu lauk sebagai tanda
memfakirkan diri.
Walaupun
begitu sebagai Penyelaras Suluk aku diminta memastikan para salik jangan
sesekali membantu; hatta untuk membasuh cawan sendiri.
Jadi,
bertugaslah kami hampir 24 jam sehari. Selain sarapan pagi pihak Zawiyah
meminta kami menyediakan makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum
malam. Kopi O dan Teh O tersedia 24 jam – bagi memudahkan para salik yang
berzikir dalam kelambu dan di surau dalam keheningan malam itu.
Namanya
sahaja macam ada `supper’ tapi cuma roti atau sesekali cekodok tepung;
tanpa ikan bilis. Sewaktu suluk kami tidak dibenarkan makanan berdarah – ikan,
daging hatta ikan bilis.
Hari
pertama bertugas cukup merisaukan. Aku lihat nasi yang dimasak Shawal tidak akan
cukup untuk 52 mulut mengikut congakanku.
“Wal
macam mana ni?,” aku cemas. Walaupun hanya beberapa jemaah yang belum makan
kerana sedang melaporkan warid kepada Sheikul Haji Zainal Hamzah; tapi nasi itu
mula kelihatan bahagian keraknya di dasar periuk,
“Jangan
risaulah. Cukup!,” dengan jelas Shawal mengungkapkan keyakinan.
“Alamak!
Malu kepada orang Melaka nanti. Hari pertama lagi mereka sudah tidak makan,”
hatiku berbolak-balik.
Kerisauan
lebih dirasakan kerana lebih 90% jemaaah adalah mereka yang baharu berbai’ah
dari Melaka yang diketuai Tuan Guru Abdul Rahman Jaafar dan mereka adalah
kenalan baharu kami.
Kalau
kenalan setaman, kerisauan itu pasti tidak timbul.
Apabila
beberapa kali aku mengungkapkan kerisauan yang sama, Shawal bagai tidak dapat
mengawal amarahnya.
“Kau
tak percaya ke tentang rezeki Allah? Bukankah setiap orang ada bahagiannya,”
Shawal yang berwajah lelaki gagah dan macho itu bagai kecewa dengan sikapku.
Untuk
menenangkan diri, aku duduk berhampiran periuk nasi bagi melayan lapan salik
yang terakhir.
Tiba-tiba
dadaku sebak. Air jernih mengalir di kelopak mata. Nasi itu cukup-cukup untuk
jemaah yang terakhir itu.
Keesokan
harinya menurut persepsiku Shawal sengaja cari masalah.
“Apa
salahnya Wal kau masih lebih sikit. Kalau tak habispun boleh digunakan untuk
makan malam,” aku cuba menyalahnya lagi.
Memang
aku jahil. Setelah dua kali Allah membuktikan setiap insan ciptaannya ada
rezeki masing-masing; hanya pada kebimbangan kali keempat pada hari kelima
Suluk, baharu hatiku cair.
“Ya
Allah! Mengapa degil sangat aku ini? Sejak sekolah rendah dah belajar benda
yang paling asas ini; maka sukar sangat aku meyakininya?”
“Ini
yang akan kita dapat melalui suluk ini – meletakkan diri serendah-rendahnya
bagai tanah lumpur yang dipijak dan diinjak; fakir yang tidak memiliki apa-apa.
Semuanya hanya pinjaman. Dah nak mati dah, tidak juga sedar diri,”kata Edrus dalam perjalanan pulang daripada membeli sayur-sayuran di pasar. menyebabkan aku tersentak dan dadaku sebak.
“Ya
Allah!,” aku bagai menjerit melepaskan tangis yang terkumpul. Maluku terbang.