Halaman

Selasa, 13 Januari 2015

Pingat Shariff Ahmad dan Bung Mokhtar Alias

Sewaktu menerima PMC
nota awal; Tulisan ini tidak berhasrat memperkecil atau mempermainkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat anugerah Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tetapi lebih bertujuan membetulkan tanggapan kita mengenai anugerah yang cukup berharga ini. Bagi yang tidak dapat pingat bintang dan pingat esok, jangan marah atau merajuk.

Tarikh: Julai 1985
Tempat: Pejabat MBNS (kini bangunan tua yang pernah menempatkan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan sini udah beberapa tahun jadi dinosaur putih (saiz dinosaur lebih besar daripada gajah).
Lokasi Tepat: Pejabat Setiausaha Akhbar

Shariff: Tahun ini aku calonkan kau dapat pingat mewakili press.
Aku: Pingat apa?
Shariff: PJKlah... Takkan Dato' (nada bergurau)
Aku: Siapa lagi?
Shariff: R.V. Veera (NST), Razak Rashid (Utusan), Zulkifli Alwi (Bernama), K. Poobalan (Tamil Osai)
Aku: Terima kasihlah. Kau hargai juga kerja kewartawanan aku.
Shariff: Bukan terima kasih kepada aku tapi dengan orang yang di sebelah bilik ini (tangan Shariff menunjuk di biliknya yang bagai stor itu).
Aku: Bukankah kau yang calonkan? Tentulah kau yang beri. MB kenallah aku tapi Tuanku, mungkin tidak pernah tahupun siapa Zulkifli Abu.
nota: Tahun itu aku dapat PJK.

Tarikh: Julai 20
Tempat: Wisma Negeri, Seremban
Lokasi Tepat: Pejabat Setiausaha Akhbar MB

Bung Mokhtar: Cikgu! Tahun ini saya calonkan juga cikgu untuk dapat pingat.
Aku: Terserah kepada Bung.
Bung Mokhtar: Macam biasalah Cikgu. PEN perlukan calonkan enam nama tahun ini. Jangan jadi macam tahun dulu. Puas kita cari Latiff Mohidin. Tiba-tiba kita dapat tahu dia demam dan terus tidak dapat melukis apabila MB sendiri yang mahukan dia bergelar Dato'.
Aku: Saya rasa macam tak kenalah Bung. Saya yang setiap tahun diminta persatuan untuk membawa nama calon, saya pula yang menaip nama sendiri.
Bung: Cikgu memang layak. Bila dapat PJK dulu?
Aku:Tahun 1985.
Bung: Ha! Ini dah tahun berapa?

nota: Sebenarnya aku rela memasukkan nama sendiri dalam senarai pencalonan bukan kerana hendakkan pingat tapi LEBIH untuk menguji satu hipotesis yang membabitkan MB dan isterinya.
Catat Ulasan