Halaman

Isnin, 21 Januari 2019

Menjadikan Yang Sepuluh Itu Satu


"Haji Zul datang ke kediaman MB, sekarang juga!," suara bernada garang berupa arahan itu jelas milik isteri Menteri Besar yang baharu empat bulan menaiki takhta.
Seperti biasa aku relaks sahaja. Setelah meminta kebenaran penceramah utama Kak Mahaya Mohd Yassin, Ketua Satu Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN), aku ke ruang legar Hotel Royal Adelphi lalu ke laman hotel.

Setelah selesai dua batang yang mengeluarkan asap berkepul, aku ke kawasan parkir hotel di aras `basement' lalu memicit `remote control' Mercedes C200 bernombor pendaftaran 200 juga.
"Akak serba salah Zul," Datin Azimah isteri Setiausaha Kerajaan Negeri yang kukenali kedua-duanya secara rapat, mendekatiku berhampiran ruang pintu setelah diminta oleh Datin Faridah, isteri Firdaus Harun, ADUN Chembong sebelum itu.
"Akak pun tak tahu siapa yang beritahu isteri MB pasal kau menyentuh PEKERTI (Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan) dalam ceramah kau tadi," sambungnya.
... bersambung

Tiada ulasan: