Halaman

Selasa, 22 Januari 2019

Cerita Paling Hebat, Cerita Paling Kartun...

Badan letih sungguh. Dia mengheret badannya yang separuh longlai, kecewa, hiba, marah dan dendam yang bercampur-baur bersarang di dadanya.
Bukan seminggu, malah dah berminggu-minggu dan berbulan-bulan berulang-alik ke hutan itu. tertunduk-tunduk; ada kalanya matanya naik berpinau - hampir pitam pun ada.
Matanya meliar mencari jejak. hidunngnya kembang kempis menghidu. Dia amat memerlukannya untuk dijadikan ramuan dan tangkal pelaris.
tak perlu taringnya. Tak dapat kukunya, dapat bulunya yang tercicir pun jadilah.
Tak dapat tu semua, harap-harap dapatlah tahinya, harap-harap dapatlah kencingnya yang tercicir, terpalit di daun daun. Tahi dan kencing pun sudah mencukupi untuk dijadikan ramuan dan tangkal pelaris.
Sampai ke sudah, apa yang dihajat dari harimau bertaring dan kuku mencengkam mengaum garang itu tidak dapat dimiliki.
Hari ini, harimau yang diekorinya berminggu-minggu itu, taringnya tercabut dan kukunya cicir berderai. Usahkan mengaium, mendesis pun tak berupaya lagi. Yang boleh dilakukannya mendengus-dengus menjelir lidah.
Dan dia pun berdiri di atas busut itu, bertempik melepas geram, bertempik melepas dendam lalu hendak menampar harimau itu...

Abu Samah Mahat.
Wangsa Maju.

Tiada ulasan: