TANPA SEDAR `meniru' iaitu belajar melalui pengalaman orang lain (experiential learning) adalah antara proses belajar yang tidak dikenakan bayaran dan berlaku secara semulajadi pula.
"Belajar melalui pengalaman juga ialah proses belajar dan proses perubahan yang menggunakan pengalaman sebagai media belajar atau pemelajaran. Apa-apa yang dialami secara aktif dan diusahakan untuk proses pemahaman, mencari makna daripada pengalaman tersebut ialah pemelajaran melalui pengalaman." (http://lamanartikel.dbp.my/?p=90)
Cerita (tak kisahlah ia bernama anekdot, cerpen, teater atau filem) sejak sekian lama turut membantu kita membentuk dan membangun keperibadian.
Nah! Sesuai benarlah dengan prolog blog ini,
"Manusia suka bercerita. Manusia suka dengar, baca dan tengok cerita. Sewaktu manusia tidak tahu tulis baca, mulut jadi alatnya. Cerita yang sama diturunkan dari masa ke masa. Waktu berubah, teknologi bertukar. Hasilnya, cerita boleh dikongsi dalam bentuk apa sahaja. Cerita ada dalam tv. Cerita ada dalam CD. Manusia sanggup berasak di panggung untuk tengok cerita. Manusia sanggup bayar tinggi untuk ketawa dan takutkan dirinya. Apa kata kita kongsi cerita? ceritaapaapasaja."

Jadi, mari kita berkongsi pengalaman peribadi iaitu kisah benar yang pernah singgah dalam kehidupan kita - cerita duka, cerita bahagia atau apa-apa sahaja.
Tak timbul dakwaan atau tuduhan, berkongsi pengalaman peribadi; bermakna membuka aib sendiri atau menyebar aib orang.
Tak timbul dakwaan atau tuduhan, berkongsi pengalaman peribadi; bermakna membuka aib sendiri atau menyebar aib orang.
Kalau benarlah dengan berkongsi pengalaman diri, ini premisnya - campakkan sahaja novel, tutup sahaja tv sewaktu sinetron yang menuntut waktu untuk menontonnya atau `biarkan sahaja panggung sama ada teater atau bioskop' mati sendiri.
Studio Sang Pencerita amat memerlukan perkongsian pengalaman peribadi yang ditulis dalam bentuk/ format anekdot untuk diterbitkan.
Selepas kumpulan anekdot `Cerita Saya: Edisi Pengenalan' yang menghimpun 100 anekdot tulisan Sang Pencrita yang akan diterbitkan dalam masa terdekat, akan menyusul pula 100 anekdot yang berkisar mengenai `Dunia Orang Politik'.
Sewaktu membangun kandungan, Sang Pencerita memang mengharapkan sumbangan penulis luar untuk memastikan siri buku (dahulunya dirancang `ceritaapaapasaja') `Cerita Saya' akan terus `hidup' seperti apa yang berlaku kepada `Chicken Soup For The Soul.'
Bagi Kategori `Dunia Orang Politik' tentu kita `dapat belajar' lebih berkesan sekiranya anekdot itu ditulis oleh `orang politik' sendiri - tak kisahlah mereka cuma ahli biasa sebuah parti atau seorang Perdana Menteri.
Anekdot atau `certot' menurut definisi Menteri Pendidikan kita adalah penerusan tradisi lisan yang dahulunya disampaikan secara verbal dari generasi ke generasi; dengan tokok tambah dan diberikan pewarnaan setempat (local colouring).
Hantar cerita ke zulkifliabu@gmail.com sebelum 20 Julai 2019 bagi memastikan Antologi Anekdot `Cerita Saya: Dunia Orang Politik' berada dalam pasaran Malaysia dan Indonesia pada 15 Ogos 2019.
Keterangan lanjut mengenai format, panjang-pendek anekdot atau ingin menyertai Bengkel Penulisan Anekdot anjuran Studio Sang Pencerita, sila nyatakan hasrat melalui ruang komen makluman atau pemberitahuan di akaun Facebook Sang Pencerita dari masa ke masa.
Selamat Berkarya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan