Sewaktu
bertembung dengannya di lobi hotel sebentar tadi, aku mengambil kesempatan
untuk bertanya lebih lanjut mengenai Saravanan, yang dikatakan isteriku berasal
dari Labu,Seremban itu.
“Awak orang Labu ya?,” tanyaku kepada
pemuda yang lengkap berbaju Melayu dan bersongkok itu.
“Ia,” angguknya mesra. “Kenapa pakcik?,”
jawab bell-boy Hotel Summit USJ itu ramah.
“Labu di mana?”
“Labu
Estate.”
“Pakcik berasal dari Batu 8, Labu.”
“Taklah jauh sangat dari rumah saya tu.”
“Dulu Pakcik ada kawan sekolah yang tinggal
di situ.”
“Siapa nama dia Pakcik?”
“Sembu.”
“Pakcik bersekolah di Sekolah Menengah
Dato’ Mohd. Said, Nilai dulu ke?.”
Aku mengangguk.
Aku mengangguk.
“Sembu tu ayah sayalah Pakcik,” jawab
Saravanan dalam senyuman manisnya. Lantas senyuman itu mengingatkan aku kepada
senyuman Semboo.
Gembira dengan jawapannya itu aku lantas
meminta telefon ayahnya.
“017-6186230,” Saravanan segera memberi
nombor telefon bimbit ayahnya.
Apa lagi, aku terus menghubunginya.
“Hello! Sembu ke tu?”
“Ya, saya. Siapa tu?” kedengaran suara yang
sempurna sebutan bahasa Melayunya di hujung talian.
“Aku Zul. Zulkifli Abu kawan sekolah kau masa
tingkatan satu. Tahun 1966 dulu.”
“Zuuuuuuuuuuul! Apa khabar? Sejak lepas
sekolah kita tak jumpa kan?”
“Yalah! Lebih 40 tahun bukan?”
“Kau di mana ni?”
“Aku di Hotel Summit, USJ. Aku dapat nombor
kau daripada Saravanan.”
“Saravanan?”
Aku lantas memberi telefonku kepada
Saravanan dan kedua-duanya kedengaran bercakap dalam bahasa Tamil yang tidak
aku fahami.
“Kau buat apa sekarang Zul?,” Sembu tidak
sabar bertanya sebaik-baik telefon diserahkan kembali kepadaku.
“Aku dah bersara. Dulu pensyarah di Raja
Melewar. Kau tinggal di mana sekarang?”
“Selepas bersara aku tinggal di Seremban.”
“Aku juga tinggal di Seremban,” jawabku.
“Memang belum ada rezeki untuk berjumpa,”
katanya ceria.
“Dulu aku selalu jumpa Hashim Sehat di
Labu,” tambahnya.
“Hashim baharu meninggal dua minggu dulu.”
“Ya ke?” talian bagaikan terputus seketika.
“ Zaharil mana sekarang?”
“Datuk Zaharil sudah bersara.”
“Razali Othman?”
“Razali sudah meninggal tahun lalu.” Sembu terdiam seketika.
“Zul kau ingat tak lagi Sardin? Dia juga
tinggal di Labu Estate dulu.”
“Ingat. Dia sekarang tinggal dekat Giant,
Senawang.”
“Jo? Johari Kasim. Dia di mana sekarang
ya?”
“Jo
bawa teksi LCCT. Kau ingat tak Azam budak Kubang. Dia Datuk Azam sekarang.”
“Mengapa tidak ingat! Azizah Kassim tinggal
berhampiran rumahnya.”
“Azizah mati muda,” kataku dan terdengar
suara keharuan di hujung talian.
“Zul! Kau tahu tak Fauziah Hamid juga sudah
meninggal.”
“Aku tahu. Masa tu dia Ketua Wanita UMNO
Bahagian Rasah,” jawabku.
“Zul! Dah lebih 40 tahun kita tak jumpa
kan?”
“Tapi bagaikan baharu semalam kita bersama
bukan?”
“Zul bila kau balik Seremban?”
“Sabtu ini.”
“Balik nanti kau datang rumah aku ya. Kita
boleh bercerita panjang nanti.”
Aku bagaikan tidak sabar untuk menanti hari
Sabtu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan