“Zul!
Lama aku tak nampak nama kau dalam surat khabar?”
“Aku
tak hantar. Tak adalah story.”
“Aku
juga lama tak nampak muka kau dalam majlis-majlis persatuan penulis?”
“Aku
dah tua.”
“Aku
tahu kau masih menulis. Aku baca blog kau. Aku juga baca komen-komen kau dalam
FB. Kau masih macam dulu, selamba sahaja mengutuk orang.”
“Orang
politikpun kau pulun semacam.”
“Sejak
zaman Pak Sako, zaman A. Samad Ismail lagi penulis pulun orang politik.”
“Kau
tak takut ke?”
“Apa lebih, apa kurangnya dia dengan kita. “Dia orang makan petai juga.”
“Apa lebih, apa kurangnya dia dengan kita. “Dia orang makan petai juga.”
“Kah!
Kah! Kah!”
“Kebelakangan
ini aku tengok kau dah jadi pekebun. Terdaya ke?”
“Alhamdulillah!
Aku lebih sihat dengan berkebun. Aku lebih bahagia bercakap dengan pokok.”
“Hai!
Macam merajuk je?”
“Apa
yang nak dirajuk?”
“Tua-tua
begini aku lebih suka menyendiri.”
“Ada
orang nampak kau selekeh sangat sekarang. Tak macam dulu, pakai tai, pakai
jaket kulit buatan Perancis.”
“Tak
kan aku nak pakai tai pergi kebun.”
“Kah!
Kah! Kah!”
“Pasal
blog kau, aku dengar ramai ahli persatuan tak sambut ajakan kau untuk bersama-sama
membangun ceritaapaapasaja kau. Betul ke?”
“Tak
tahulah. Sesiapa sahaja boleh berkongsi cerita dalam blog aku. Aku tak paksa.”
“O.K.lah
Zul. Hari ini aku hendakkan kepastian. Betulkah kepimpinan persatuan tidak
berselera dengan pendekatan blog kau? Mereka kata blog kau menyebar keburukan
dan mengata orang; yang jelas sekali bertentangan dengan nilai agama.”
“Tulis
cerpen dan sajak tu tak bercerita dan memburukkan orang ke?”
“Itu
lain Zul. Kritikan sosial dalam cerpen dan sajak ada nilai estetika.”
“Nilai
estetika apa ke benda? Bendanya sama sahaja. Aku menggunakan pendekatan mudah
secara new-journalisme manakala
mereka berkelok-kelok, beranalogi, bermetafora dan mengambil masa yang panjang
untuk mencapai matlamat yang sama – perubahan positif.”
“Mereka
berjiwa seni Zul!”
“Bukan
seni! Penulis kreatif itu pengecut. Mereka tetap mengata orang dan sanggup pula
bersusah payah mencari kata dan ayat supaya orang tak mengata mereka mengata.”
Tak
dapat ditahan-tahan lagi, rakan penulisku meledakkan deraian ketawa yang tidak
mampu dihentikan lagi. Suis ketawanya jam. Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan