Aku masih teringat peristiwa aku terpaksa
menulis perkataan, “ada pun lalat binatang yang pengotor” sehalaman muka surat
sebagai satu dendaan kerana tidak patuh kepada arahan guru Bahasa Melayu di
kelasku.
Malu
rasanya aku apabila terpaksa menuliskan ayat tersebut pada ketika rakanku yang
lain mendapat pujian guru. Bukan aku tidak patuh kepada arahannya malahan aku
telah pun menyiapkan karangan tersebut.
Cuma
aku tidak memulakan karanganku dengan perkataan “ada pun” seperti arahannya.
Aku sengaja mencari kelainan. Aku tidak menyangka dengan meninggalkan dua patah
perkataan tersebut, sudah menjadi kesalahan.
Hukuman
inti mencabar perasaanku. Membakar semangatku. Semuanya tersimpan di dalam
hatiku, aku berjanji akan membuktikan bahawa suatu hari nanti, aku mahu menjadi
penulis yang disegani.
Suatu
hari aku berkesempatan mengikut rombongan setelah melawat Bandar Raya Kuala
Lumpur. Salah satu destinasi lawatan ialah Dewan Bahasa dan Pustaka. Editor
majalah kanak-kanak Dewan Bahasa memberi penerangan dan menghadiahkan senaskhah
majalah kepadaku.
Editor
tersebut memberitahu bahawa semua kanak-kanak yang berminat menulis boleh
menghantar karya untuk diterbitkan di dalam majalah tersebut. Setiap karya yang
diterbitkan, penulisnya akan mendapat majalah percuma.
Sekembali dari lawatan itu, aku menulis sebuah karangan tentang lawatan tersebut. Aku sangat berharap supaya karangan itu dapat disiarkan dan aku akan mendapat sebuah majalah percuma. Lebih daripada itu aku ingin mengembalikan maruah diriku yang dihukum hanya ingin mencuba sesuatu yang berlainan daripada rakan-rakan.
Sekembali dari lawatan itu, aku menulis sebuah karangan tentang lawatan tersebut. Aku sangat berharap supaya karangan itu dapat disiarkan dan aku akan mendapat sebuah majalah percuma. Lebih daripada itu aku ingin mengembalikan maruah diriku yang dihukum hanya ingin mencuba sesuatu yang berlainan daripada rakan-rakan.
Suatu
hari ketika perhimpunan sekolah, guru Bahasa Melayu tersebut memanggil aku
supaya berdiri di hadapan. “Bustam, cuba kamu bacakan karangan ini,” pinta guru
sambil menunjukkan ruangan yang perlu dibaca. “Naik Gajah,” aku membacakan
tajuk karangan itu dengan jelas,
Aku
tergamam. Baru aku tersedar bahawa karangan itu adalah karyaku. Namun aku
teruskan bacaan sehingga selesai. Aku mengakhiri bacaan dengan menyebut nama
penulis: Bustam bin Kamri. Sekolah Kebangsaan Panchor, Muar, Johor. - Dr. Bustam Kamri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan