Sewaktu sedang sibuk memberi talk, getaran telefon bimbit di pinggang
membuatkan aku segera mengambilnya dan melihat nombor pemanggil.
“Ji,
boleh cakap sekarang? Ada
perkara penting,” suara bos kedengaran jauh.
Setelah
memaklumkan kepada rakan trainerku
mengenai panggilan itu, aku terus meluru keluar sambil meneruskan percakapan.
“Boleh
cakap sekarang. Saya dah keluar,” kataku ringkas.
“Ji!
Saya di Batu Pahat. Ini ada masalah besar. EO maklumkan kepada saya pegawai BPR
ada di pejabat.”
“Apa
masalahnya?,” tanyaku tenang.
“Pasal
pembelian buku yang Haji uruskan.”
“Saya
sudah diberitahu oleh Puan Noraini dan Anuar,” jawabku pula.
“Kalau
boleh saya minta Haji balik. Selesaikan perkara ini segera,” pintanya.
“O.K.lah
saya akan fikirkan,” jawabku pula sambil meminta kebenarannya untuk
memberhentikan perbualan bagi membolehkan aku meneruskan sesi.
Setelah
selesai sesi pagi mengenai Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif di
sebuah resort di kaki gunung Kinabalu
itu aku terus menghubungi pembekal buku ke pusat sumberku.
“Rosli.
Macam mana buku yang aku pesan dulu?”
“Ini
dah jadi masalah besar Ji. Pegawai BPR ada di pejabat saya sekarang. Sebahagian
besar buku sudah ada kecuali buku import. Macam mana ni?,” dia pula yang
bertanya.
“Bercakap
benar saja kepada pegawai BPR itu. You
boleh beritahu persefahaman yang telah kita buat,” kataku pula.
“Ini
masalahnya. Dia orang sedang siasat aduan yang mengatakan saya telah menerima
bayaran sedangkan buku belum dihantar,” suara Rosli lebih cemas kedengaran.
“Cakap
saja perkara yang betul. Tuhan bersama kita,” aku cuba menyejukkannya dan
memberhentikan perbualan.
Waktu
makan tengah hari itu aku menghubungi Anuar, pustakawanku untuk mendapat
penjelasan lanjut mengenai kedatangan pegawai BPR ke pejabatku.
Katanya
dia sendiri telah disoalsiasat dan diminta datang ke pejabat BPR untuk memberi
keterangan. Disebutnya juga EO, Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir
Kewangan juga telah disiasat.
Berdasarkan
maklumat itu aku menelefon EO dan memintanya memberitahu pihak BPR supaya aku
disiasat apabila tugasku selesai tiga hari lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan