Bergosip di Muazam Shah, melepas lelah dengan bersnorkling di Tioman |
Pulau Tioman perawat duka |
SERONOK
juga apabila bertemu rakan-rakan lama sewaktu dipelawa ke Pulau Tioman. Tauke
rombongan Rahim Sumo memberitahu tempat masih kosong kerana dia yang membawa
pelajar Kadet Remaja Sekolah (KRS) menempah dua bas, sedangkan pelajar cuma 63
orang.
Selain aku, rakan pesaraku Mohd Zulkafli
Maulud turut serta. Kenangan lama sewaktu bersama terkongsi kembali apabila
kami berhenti minum malam di R&R Bandar Muazam Shah. Cerita tercetus
apabila kedua-dua kami dilihat turut serta dalam Perjumpaan Hari Raya dan Majlis
Tahlil X Staf IPG Kampus Raja Melewar dua hari lalu.
“Tak nampakpun Mr. N sedangkan sewaktu aku
jumpanya di taman perumahan kami dia kata akan turut serta,” cerita Sam.
“Telefonnya tidak berjawab,” tingkahku.
“Susah apabila ada dua rumah,” kata pula
Amran.
“Mana dia ada dua rumah. Yang nombor satu
sudah dilepaskan,” jelas Sam.
“Dua minggu dahulu aku ada menelefonnya
untuk bertemu. Sebelum aku datang keesokan paginya, dia menelefon kembali
supaya tidak perlu datang,” ceritaku.
“Agaknya dia sibuk bermain dengan anaknya.
Maklumlah sudah berumur lebih 60 tahun dapat anak kembali. Anak daripada
cawangan kedua,” Rahim yang bersuara lelaki tulen menyampuk sambil tangannya
mencapai pau kaya.
“Pelik ya?,” Zul Maulud bersuara dalam
wacana pada kira-kira jam satu pagi itu.
“Memang banyak cerita pelik dan misteri,”
tambahku.
“Dua hari sebelum majlis, Mr. R ada
menelefon mengesahkan penyertaan. Siap minta `tapau’ kerana masih berpuasa
enam. Keesokan harinya pula, dia memberitahu tidak dapat turut serta,” kataku
pula.
“Macam mana hendak datang. Dia kini bekerja
di Bangi. Mungkin hari itu jalan pulangnya bukan di Seremban,” celah Sam.
“Mr. R rajin. Sebaik-baik bersara, terus
bekerja di Bangi,” kata Amran pula.
“Bukan rajin. Dengan duit pencen mana nak
mampu tanggung tiga rumah,” terdengar satu suara berkata.
“Eh! Tiga ke?,” Roy bagai terperanjat.
“Dua `confirm’, tiga aku tak tahu!,”
tingkah Sam.
“Apa yang aku dengar, seorang budak KPLI
dan seorang budak KDP. Dua-dua anak dara. Hebat Mr. R!”
“Mana pula anak dara. Jandalah!,” kata Sam
bercanda yang disambut hilai ketawa.
“Eh! Aku dengar dia beli Mercedes satu
lagi,” sampuk Rahim.
“Banyak duit dia ya?,” tingkah Roy.
“Bukan banyak duit. Bila seorang dapat
Mercedes, seorang lagi tentu hendak Mercedes juga,” bersahaja Sam mencelah.
“Aku dengar Mr. R rajin datang ke maktab
kebelakangan ini,” sampuk Rahim.
“Bukan rajin. Dia terpaksa datang belajar
kembali. Waktu di maktab, budak-budak mana berani tegur pensyarah kalau silap
tapi di universiti jangan buat pasal,” kata Sam lagi.
“Sam! Kau boleh sumbang cerita untuk
ceritaapaapasaja. Setiap insiden kau boleh cipta pelbagai kemungkinan realiti
cerita,” usikku.
“Aku pandai cakap sahaja. Tulis aku tidak
tahu,” katanya.
“Kah! Kah! Kah!,” deraian ketawa berkemundang
pada kira-kira jam 1.30 pagi itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan