Karnataka, Wellington |
Nazareth |
Moscow |
Pastinya sebahagian mereka adalah anak
Malaysia yang merantau di negara orang dan sebahagian lagi penutur bahasa
Melayu yang berada di seantero alam milik Allah.
Salam terima kasih dihulurkan kerana sudi singgah
ke blog ini untuk berkongsi cerita suka, cerita duka dan cerita yang diharap
dapat membangun minda.
Ingin sekali hati ini mendekati pengunjung
setia ini. Apa kata kita berinteraksi melalui Facebook atau e-mel yang tertera.
Sebagai warga Malaysia yang pernah tinggal
di negara orang (Birmingham, 1985), Manchester (1996-1997) dan pernah
mengunjungi beberapa kota besar dan berpengaruh dunia (Makkah, Amsterdam,
Brussel, Paris, London, Edinburgh, Dublin, Rome, Florence, Venice, Sydney, Auckland,
Florida, Beijing, Teheran dan lain-lain) rasa rindu terhadap negara kelahiran
sentiasa di hati.
Kunjungan ke tempat-tempat ini membolehkan
saya berkongsi cerita untuk kategori `Di Luar Negara.’
Dalam tempoh hampir lima bulan blog ini
dibangunkan, tiada siapa lagi penulis luar yang menyumbang cerita untuk
kategori ini walhal anak Malaysia berada di mana-mana, sama ada belajar atau
bekerja.
Saya juga mengalu-alukan pandangan dan pendapat agar blog ini lebih bermakna untuk kebaikan manusia sejagat. Untuk itu ruang maklum balas (Komen Sikit) tersedia di sebelah.
Saya juga mengalu-alukan pandangan dan pendapat agar blog ini lebih bermakna untuk kebaikan manusia sejagat. Untuk itu ruang maklum balas (Komen Sikit) tersedia di sebelah.
Ayuh! Perahu dan pengayuh sudah tersedia.
Mari kita kayuh bersama…!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan