BERTEMU
kembali setelah berpisah kira-kira lebih 30 tahun adalah saat yang cukup indah.
Kesannya majlis yang dijangka hangat agak sejuk dalam tempoh 30 minit awal
kerana masing-masing hampir lupa wajah rakan sekelas sendiri.
Untuk itu majlis memperkenalkan diri
terpaksa diadakan sebagai acara awal. Bagaimanapun sahabat tetap sahabat,
cerita lebih 30 tahun terungkap kembali melalui usik-mengusik dan derai ketawa.
Sebagai cikgunya, saya amat bahagia melihat
suasana itu.
Lihat sendiri klip video ini: http://www.youtube.com/watch?v=U7xm7NXaFO0
Catatan: Sebahagian besar klip video dan foto adalah hasil kerja Siti Adibah,
anak bongsu saya (masih dalam tahun dua). Dia masih mempelajari pergerakan kamera yang masih belum dikuasainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan