Selasa, 11 Oktober 2011

Apabila Cerita 31 Tahun Terbongkar

Rafeah mengaku gabra sewaktu melafazkan bait-bait `Pelamin Anganku Musnah.'

Untuk `membalut' luka Rafeah, aku mengajaknya berduet lagu `Jangan Pisahkan'
yang dipopularkan oleh Deddy Dores dan Mayang Sari. Lucunya setelah masuk rangkap
korus "Jangan pisahkan aku dan dia. Tuhan tolonglah..." tiba-tiba sistem audio
karaoke terputus. Foto: Siti Adibah Zulkifli

SEWAKTU diminta memperkenalkan diri, Rafeah Abd Malek dengan selamba memberitahu bahawa dia kini sudah bergelar nenek kepada dua orang cucu. Majlis memperkenalkan diri itu diadakan pada awal acara bagi membolehkan masing-masing mengingat kembali setelah lebih 30 tahun tidak berjumpa.
     “Bukan saya yang hendak cepat bercucu tapi anak-anak yang cepat `gatal’ nak kahwin,” katanya yang disambut gelak ketawa oleh rakan-rakan Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Besar Tampin di majlis temukembali di Intekma Resort, Shah Alam itu, Sabtu lalu.
     “Di sini juga saya ingin membuat pengakuan. Saya harap isteri cikgu tidak berkecil hati,” katanya sambil memandang ke arah meja tetamu yang menempatkan kami.
     “Sudah!,” hatiku bergetus.
     “Sebenarnya… Sebenarnya saya mencintai Cikgu dalam diam sewaktu mengajar saya dahulu,” kata bekas murid 6 Nila yang kuajar pada tahun 1979 yang lalu.
     “Cinta monyet,” akuinya yang diikuti deraian ketawa di kalangan hadirin.
     Aku lihat isteri tersenyum mendengar `Confession Of …’ Rafeah itu.
     Tidak cukup dengan itu, Rafeah bagai sengaja memilih lagu `Pelamin Anganku Musnah’ ketika menyertai acara `Kilauan Emas’ yang dibuat ala Akademi Fantasia yang mana aku turut dilantik sebagai panel jurinya.
     Apa yang menghairankan, Rafeah bukan sahaja sendu melafazkan patah-patah liriknya malah tidak dapat menahan deraian air matanya keluar sebaik-baik lagu tamat.
     Sewaktu menghampiri mejanya sewaktu hendak mengambil makanan, aku sempat mengusik.
     “Penuh perasaan nampak!,”
     “Memang betul Cikgu! Memang saya menyimpan hati kepada Cikgu dahulu,” katanya selamba.
     “Alaah Cikgu. Cinta monyet,” katanya lagi sambil tersengih yang menyebabkan wajahnya yang tembam kelihatan semakin tembam.
     “Sebetulnya saya berhasrat hendak membuat pengakuan itu sewaktu mula menyertai Grup Facebook TBS tapi malu…,” kata Rafeah lagi yang ternyata jujur untuk menyatakan sesuatu.
     Ingatkan kisah itu habis begitu sahaja. Sewaktu aku mendedahkan pengakuan itu yang disambut usikan oleh rakan-rakan sekolahnya yang lain, ini pula yang dicatat Rafeah dalam Facebooknya semalam.
     “yolah jodoh dio ehhhhhhh solly kegabraan terjadi disana maklom owang yg pernah dipuja2 berada didepan mata heheheeheheheh solly cikgu.”
     “heheheh itu pengakuan ikhlas cikgu maklom kanak2 sekolah cinta monyet mmg ada CIKGU MMG HANDSOME DULU KINI DAN SELAMANYA.”

Ikuti pengakuan dalam format video di sini:

3 ulasan:

illya berkata...

Hebat pengakuan berani mati Rafeah itu cikgu..hehe..tapi inilah yg mewarnai Majlis Bertemu Kembali TBS pada malam itu.. Kami lagi berasa besar hati kerana cikgu sudi datang bersama isteri dan anak. Pengakuan lain juga diluahkan pada malam itu dan mana yg keuh telah dijernihkan. Inilah kehebatan silatur rahim yg diajar Nabi kita dan inilah rupanya kehebatan Reunion Dinner yang selalunya mengimbau kembali zaman lampau, dan boleh memperbetulkan kesilapan dan apatah lagi meraikan kejayaan kehidupan masing2. Tahniah kawan2 TBS yg hebat mencetuskan pertemuan ini selepas 31 tahun tidak berjumpa. Saya akhiri nukilan ini dengan pertanyaan..err cikgu, boleh burnkan video yg cikgu rakam pada malam itu? Kami sungguh2 nak meyimpan pertemuan detik bersejarah pada malam itu. Terimakaseh CIkgu.
-Dari kami, TBS 1979 n 1984 -
illya.

ceritaapaapasaja berkata...

Insya-Allah. Beri saya masa sehari dua lagi. Kini, agak sibuk mengurus beberapa penerbitan.

Tanpa Nama berkata...

saya kagum dgn cikgu...senantiasa memenuhi kehendak bekas murid2nya