Halaman

Selasa, 31 Mei 2011

Timbang Kati

Foto: http://www.upm.edu.my/
Cerita Profesor Buah Mempelam tak habis di situ. Bukti baiknya hubungan beliau dengan pelajar-pelajar, ramai yang diajaknya ke rumah khususnya mereka yang rapat dengannya. Aku tahu cerita ini pun daripada kalangan mereka yang selalu bertandang ke sana. Antara mereka, Harun Bulan, Omar Mamat dan Mat Kilau. Megah benar mereka bercerita.
      Bagaimanapun sebagai bukti betapa rapatnya hubungan itu, ada di kalangan mereka yang terlalu lebih bercerita sehingga tahu segala-galanya. Dia tahu pasal isteri Profesor itu. Dia tahu latar belakang keluarganya. Dan pasti tahu di mana kampung kelahirannya.
      “Mu tahu tak? Kerja kursus yang kita buat tu bukan Prof. yang periksa. Satu hari sewaktu aku ke rumahnya, aku terserempak anak buahnya yang buat kerja tu,” kata Omar yang masih pekat dialek Terengganunya bangga.
      “Patutlah mereka yang buat tebal dapat markah tinggi. Tugasan ditimbang kati.”
      Bagaikan serentak suara itu bergema sesama kami.
Catat Ulasan