Halaman

Rabu, 7 September 2011

Bukan Aku Tak Cinta

Hatta
Noorhisham
Sejak bertemu Hatta malam kelmarin, ramai rakannya khususnya kawan sekelas 6 Nila `menyerang’ di Facebookku sejak lepas Maghrib tadi.
     “AKU BERASA SUNGGUH GEMBIRA APABILA DAPAT BERHUBUNG DENGAN BEKAS GURU DARJAH 6 NILA IAITU CIKGU ZULKIFLI ABU... GURU YG SUKA MEMBAWA KAMERA KE HULU KE HILIR DAN SEORANG GURU YG MEMPUNYAI SUARA YANG NYARING... WALAUPUN BELIAU BUKAN GURU DARJAHKU TAPI BELIAU MERUPAKAN SEORANG GURU YG MEMAHAMI JIWA MURID-MURIDNYA... SAYA KAGUM DENGAN BELIAU YANG SEMAKIN MAJU DALAM HIDUPNYA,” kata Wan Aini yang menulis dalam huruf besar.
     Wan Aini sewaktu kuajar bernama Chong Siew Quek.
Wan Aini

     “TERIMA KASIH CIKGU KERANA SUDI MENJADI RAKAN FB SAYA… SUDAH LAMA SAYA DAN HATTA BERKOBAR2 MAHUN MENJEJAKI CIKGU… AKHIRNYA, HATTA LAH ORG YG DAPAT MENJEJAKI CIKGU… KAMI AMAT MERINDUI CIKGU… SAYA MENDOAKAN AGAR CIKGU ZULKIFLI SENANTIASA SIHAT HENDAKNYA DAN DIPANJANGKAN UMUR SERTA DIMURAHKAN REZEKI…AMIN..,” dia bagaikan tidak puas mencatat.
     “Saya masih ingat cikgu jadi reporter utk BH kalau x silap saya…,” kata Nurlinna Mohd Jali pula yang beborak kemudian. “Tq cikgu… suara cikgu macam dulu lagi ke” Hehehehehe. Ok cikgu, wll do..saya doakan semoga satu hari nnt saya akan bertemu cikgu...,” katanya lagi sambil menitipkan nombor telefonnya.
Nurlinna dan suami

     Di samping Hatta, turut serta juga dalam sesi nostalgia ini ialah Saravannan Machap, Noor Hisham, Che Lah Abdullah dan Johnny Pistolero.
     Oleh kerana bekas muridku ini lebih mengenaliku melalui suara (kerana kata mereka wajahku masih tak berubah… perasan), aku perdengarkan kembali suara itu melalui video klip yang dihasilkan oleh bekas pelajarku di IPG Kampus Raja Melewar menjelang persaraan pada Disember 2009. Lihat di http://www.youtube.com/watch?v=4HoLZQpsu_M
Catat Ulasan