Halaman

Selasa, 6 September 2011

Warna Bukan Penentu


KENA mihun pedas bersama-sama Hatta
SEWAKTU menulis cerita mengenai Zakir Ali di Facebook, tiba-tiba isyarat masuk bahawa Hatta Yusof ingin berinteraksi. Selain salam, ayat ketiganya berbunyi `Saya x boleh lupa cikgu bagi saya denda masa buat bising dlm kelas 6 Nila pada tahun 1981.'
     Lalu komunikasi berlaku. Ini antara dialognya.
     “Askum cikgu..lama saya cari cikgu..Cikgu skrg tgl kat mana? Saya x boleh lupa cikgu bagi saya denda masa buat bising dlm kelas 6 Nila pada tahun 1981.
10:49pm
     “Hatta! Saya masih ingat tubuhmu yang bulat dan berkulit putih itu. Saya tinggal di Taman Pinggiran Golf, dekat Stadium Tuanku Abdul Rahman. Siapa suruh buat bising?”
     “La dekat lah cikgu, saya tgl kat Tmn Telawi dan rmh mertua saya kat Tmn Paroi jaya . ni no tel saya 012-4135013
     “Pagi besok kita minum sama. Ini nombor saya 013-399 7395.
     Sebaik-baik nombor diberi, telefon terus berbunyi.
     “Jam baru pukul 11.00 malam, mari kita minum,” ajakku lalu Hatta menetapkan tempatnya iaitu berhampiran rumahnya.
     Banyak-banyak cerita, Hatta tidak dapat melupakan peristiwa kia-kira 30 tahun yang lalu.
     “Cikgu ingat tak, cikgu suruh saya menjunjung tong sampah keliling blok Darjah Enam?,” tanya Hatta di awal pertemuan.
     Saya menggeleng.
     “Tong sampah itu tong aluminium cikgu, bukan plastik macam sekarang. Berat,” katanya lagi.
     “Siapa yang kena lagi,” tanyaku.
     “Ramai.”
“Kenapa kena denda?”
“Kami buat bising.”
“O.K.lah tu,” kata saya sambil ketawa kami berderai keluar.
     Melalui Hatta, banyak juga cerita rakan sekelasnya aku ketahui perkembangannya. Saravanan kini seorang guru di Gemencheh, Shaggy jadi pemborong, Norlina, suri rumah sepenuh masa, Chin Kok Kiong, bisnes manakala  Syed Iskandar bekerja di KLIA dan Shamsul Jamal jadi polis. Hatta – Pegawai Waran di Kementerian Pertahanan (MINDEF).
     Ingat lagi cerita Shantini yang ditulis sebelum ini? Ingat lagi Kelas Enam Nila, warna yang entah apa-apa tapi apa nak buat, sudah tidak cukup warna bagi kelas paling hujung?
     Bagaimanapun, mereka berjaya juga. Warna bukan penentu segala.
Catat Ulasan