Songket Allahyarham Mr. Alfred Flower sebagai ganti... |
Aku dan Haji Latif telah berjanji pada hari
sebelumnya, kami akan memakai baju Melayu lengkap sewaktu solat Subuh dan terus membuat persiapan
sebelum ketibaan jemaah.
Untuk tahun ini aku membeli baju Melayu
baharu yang berwarna biru pekat jalur ke
bawah. Baju Melayu terakhir yang aku miliki, hadiah anak sulungku sewaktu
perkahwinanya pada Jun 2009.
Entah bagaimana sewaktu menggosoknya,
isteriku mengasingkan baju dan seluarnya pada satu penyangkut baju dan
terkial-kial aku mencarinya di almari.
Dalam kesibukan mencari seluar baju
Melayuku yang baharu, aku segera meminta anak keduaku Siti Atiqah menggosok
baju Melayu hadiah Haryati beberapa
tahun yang lalu sebagai alternatif. Coklat pekat warnanya yang dibeli di
Melaka.
Atiqah kulihat tidak segera bertindak
sebaliknnya leka menggosok baju baharunya. “Ayah tak sabarlah,” katanya yang
membuatkan darahku naik seketika. First
Thing First ajaran Edward de Bono tidak dipakainya walaupun telah
dipelajari di MRSM.
Sambil
menyerahkan baju itu, aku terlihat songket berbunga penuh hadiah
Allahyarhamah Datin Hajah Hazizah Haji Tumin yang kusangka hilang selama ini
(lihat cerita sebelum ini) terdampar di katil Atiqah.
“Aaah! Benarkah?,” aku bagaikan tidak
percaya ia ada di situ.
Lalu aku bertanyakan perkara itu kepada
Haryati. Pada awalnya dia bagai tidak mengaku meminjamnya
untuk suami. Dia menganggap itu samping milik suaminya.
Akhirnya dia akur tapi masih mahu suaminya
memakai samping itu kerana sesuai dengan warna baju Melayunya. Aku cuba
memberikan beberapa samping lain (hadiah emak di hari perkawinan dan milik Allahyarham bapa mentuaku) tapi dia mahukan
yang itu juga.
Seperti biasa, aku juga yang mengalah lalu samping berwarna
hitam kepunyaan Allahyarham Mr. Alfred Flower (Mohamed Farid) menjadi ganti.
Benar kata orang, “kalau yang hak, hak
juga. Pemberian Allahyarhamah Datin Hajah Hazizah ikhlas,” lalu Al-Fatihah aku
sedekahkan pada pagi Raya.
(lihat
versi Siti Haryati di sini).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan