Halaman

Khamis, 5 September 2013

Belum Tidur Lagi YB?



 
.. kulit buku pada peringkat konsep
TIP PENYELIDIKAN 2
SETIDAK-TIDAKNYA ada dua sumber bahan: Sumber Primer dan Sumber Sekunder.
1. Sumber Primer (bahan yang diperolehi secara langsung/ terus daripada orangnya. Contoh: Wawancara dengan peneroka yang masih ada untuk mendapatkan maklumat sejarah kedatangan mereka, jerit-perih yang terpaksa dilalui dan sebagainya).
       Sewaktu menemui mereka dapatkan bukti-bukti nyata yang masih di simpan: Contoh basikal yang dibawa dari kampung dahulu, foto yang diambil sewaktu hari pertama datang, foto hari pertama melapor diri dan sebagainya. Sumber Primer lebih tepat dan berwibawa.
       Aku terus menitipkan panduan dalam akaun Facebook Jengka 4, Maran, Pahang bagi memudahkan mereka mencari bahan untuk coffee-table book `Felda Jengka 4: Mengesan Jejak Selepas 4 Dekad’ yang kami rancang.
       Penerbitan buku ini akan menggunakan pendekatan baharu. Sebagai Perunding Penerbitan, aku hanya akan bersemuka dengan tenaga kerja yang terbabit, dua kali. Sekali sewaktu mesyuarat pertama, menetapkan dasar penerbitan dan kewangan dan kali keduanya sewaktu buku ini akan dilancarkan oleh Perdana Menteri nanti.
       NAMA-NAMA yang dinyatakan di bawah ini perlu menyatakan persetujuan menganggotai Tenaga Kerja Penerbitan buku `Felda Jengka 4: Mengesan Jejak Lebih 4 Dekad' dengan menjawabnya melalui ruang `comment' di bawah:
1. Pengarah Penerbitan: Zaki Sharifuldin
2. Pengarah Penyelidikan : Haminn Hann Khalib
3. Pengarah Fotografi: Azlan Lot
4. Pengarah Tajaan & Kewangan: Abdul Halim Budin...
       Aku terus memberi panduan dengan memberi penekanan kepada konsep mesyuarah dan sifat menawar diri secara sukarela untuk menjayakan penerbitan buku yang antara lain bermatlamatkan mencari sumber kewangan bagi projek Pembelajaran Sepanjang Hayat Warga Felda Jengka 4, `kampungku’ yang pernah dihuni pada tempoh 1974-1978 allu.
       `Kampung’ ini banyak meninggalkan kenangan manis sama ada dalam pembangunan kerjaya atau keperibadianku sendiri. Di sinilah awalnya, aku memaknakan pengetahuan yang dititip daripada Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru.
       Selesai menitipkan cadangan nama tenaga produksi yang terbabit yang hanya berasaskan interaksi mereka di Facebook, tiba-tiba teringat mengenai cadangan Zaki Sharifuldin, Pengarah Penerbitan projek ini, mengapa tidak YB Dato' Shahaniza Shamsuddin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul dilantik sebagai Penaung.
       Aku akur dengan cadangannya itu lantas menitipkan kata-kata ini untuk memohon persetujuan. Ikuti perbualan ini dan lihat waktu yang tertera.
YB Dato' Bolehkah kami, tenaga kerja penerbitan buku `Felda Jengka 4: Mengesan Jejak Selepas 4 Dekad' meminang Dato' sebagai penaungnya? Jawapan dinanti.
· 
4:14am
Boleh saja..
· 
4:18am
Terima kasih. Sila lihat dasar kewangan, dasar bahasa dan butiran modus operandi penerbitan buku ini yang baharu sahaja saya pos dalam akaun Facebook Jengka 4, Maran Pahang. Saya sedang mengajak penduduk Felda Jengka 4 melakukan satu misi suci - membangun pendidikan anak bangsa.
Catat Ulasan