Jumaat, 13 September 2013

Hatiku Terpaut Pada Keindahan Ini…

Perjalananku pada pagi ini terhenti seketika di lokasi yang indah dan menyamankan. Lantas aku menghentikan seketika kenderaan yang kupandu dan segera menikmati keindahan itu untuk aku rakamkan buat kenangan pada sekeping foto dan di dalam taman hatiku. Bukan aku seorang rupanya yang ingin berharmoni dalam suasana nyaman itu, seorang lelaki Cina yang  berulangkali mengunjungi lokasi itu sedang asyik merakamkan gambar-gambar indah untuk beliau benar-benar menjiwai suasana itu.
Saya: Cantikkan pemandangan ini...
Jimmy Ong: Iye lah....saya sungguh terpegun. Petang semalam saya lalu di sini, saya lihat sungguh cantik, dan pagi ini, saya datang lagi untuk menikmati keindahan ini.
Saya: Awak pernah lihat suasana seperti ini selain dari luar Negara?
Jimmy Ong: Tidak pernah, inilah pertama kalinya saya lihat suasana indah sebegini. Begitu mengasyikkan saya. Saya pula memang peminat bunga.
Saya: Awak tahu tak apa nama pokok ini?
Jimmy Ong: Tak tahu. Saya ingatkan ada nama pokok dilekatkan di sini. Seelok-eloknya diletakkanlah, senang untuk orang ramai mengetahuinya. Apatahlah ia mempunyai keunikan tersendiri di tempat seperti ini yang dikelilingi dengan taman yang indah.
Saya: Iye lah...elok juga jika pokok seperti ini ditanam lebih banyak di kawasan-kawan taman inikan? Bila berguguran bunga-bunganya seperti ini, akan menambahkan lagi aura di taman sekelilingnya. Seolah-olah, keberadaan kita di suatu destinasi yang ditaburi dengan keindahan dan kenyamanan.

Oleh: Juriyati Mat Jalil

Tiada ulasan: