Jumaat, 13 September 2013

Labu dan Labi

Tengku Mimi Khirlina tidak mengenali rapat dengan Suniza Bahrom,Samnah Naib atau Labu dan Wahizah Wahid digelar Labu. Aku mengenali rapat mereka, bukan sahaja alam maya tetapi alam nyata. Aku mengenali mereka sebagai ex-MPPM .
      Pada 21 April 2011, kami bertemu di alam FB atau alam maya antara mereka bertiga bersama Tengku Mimi Khirlina dengan begitu mesra sekali.
      "Samnah dan Wahizah adalah jaguh lompat pagar MPPM," aku mengenalkan Samnah dan Wahizah kepada Tengku Mimi Khirlina.
      "Peserta Jaguh Lompat Pagar Olimpik mewakili pasukan MPPM.....ahakahakahakahak, " kata Tengku Mimi Khirlina sambil ketawa.
      "Tahniah," sampuk Suniza Bahrom.
      "Inilah Labu dan Labi," jawab Samnah mengenalkan dirinya.
      "Terror nya, Labu dan Labi boleh panjat pagar! Ingat berenang dalam air je..hehehehe," jelas Tengku Mimi Khirlina lagi. Labu dan Labi dikatakan boleh panjat pagar, pernah panjat pagar maktab kerana balik ke asrama lewat malam.
      "Cik Mad lah jurulatih kami," terang Samnah lagi.
      "Kahkahkahkah...Cik  Mad? Dia takut air, tunggu kat darat je. Boleh perhati yang lain lemas...huhuhuhuhuhu," tanya Tengku Mimi Khirlina hairan.
      "Macam mana agaknya dia ajar...pakai swimming trunk ke?."
      "Tengku, Cik Mad ni serba boleh. Cik Mad ni boleh bernafas dalam air. Itu pasal dia sanggup jadi jurulatih," kata Samnah lagi.
      "Aku sokong kau Labi," sokong Wahizah Wahid pula.
"Mana jurulatih Samnah dan Wahizah, tak timbul-timbul? Kami nak kelemasan...hihihihihi....cepat bantuan CPR...Suniza boleh beri kot?" Tengku Mimi Khirlina minta bantuan.
      "Ese pakai kain pelekat malabar pun boleh berenang dan menyelam dalam air setengah kaki. Samnah dan Wawa macam belon, tak tenggelam.. Yang seorang tu lagi tak tahu apa-apa ... tak ada pengalaman....tahu... komen orang jer... ssssshhhhhhh!" aku balas perbualan mereka.
      "Haaaaaa ... just cannot imagine how your trainer looked like with Kain pelekat. Once he jumped into the water , sure the kain will be like parachute........and all of you can see what was.........hahahahaha," kata Tengku Mimi Khirlina. " Samnah and Wawa, Do you have lots of spare tyre around your belly? No wonder both of you can float like duck, either the water is deep or shallow," tambahnya.
      "Hehehe...labu labi ni rabun kak Mimi ...lebih-lebih lagi kalau dalam air..berenang ikut naluri jer...kalau apa-apa terjadi luar kawalan tu..memang sure tak nampak," jawab Samnah.
  "Dia sedang belajar berenang... hehe," jawab Samnah Naib.
     "Hahahahahaaa... cuba baca kata Coach Mad ... dia guna kain pelekat berenang dan menyelam dalam air setengah kaki... huhuhu... tau tak setengah kaki berapa inci ? Enam inci jer..kahkahkah....kira paras atas sikit buku lali jer... apa lah yang nak dikuak dan selamnya pun tak tau ... kahkahkah..........dah silap pilih coach ni? Heheheheheheh," Tengku Mimi Khirlina ketawa berterusan.
      "Itulah, yang kak Mimi tak tahu tentang Cik Mad kami ni," maklum Samnah Naib.
      "Memang tak tahu pun sebab tak diberitahu... kalau diberitahu... semua orang tahu," terang Tengku Mimi Khirlina.
"Cik Mad, jurulatih kami, berenang,... berenang atas darat," jawab Samnah.
      "Hahahahaa...." Tengku Mimi Khirlina ketawa. Samnah, Wahizah dan Sunizah turut ketawa bersama.

Mohamad Abd Ghani

Tiada ulasan: