Tanggal 22 Ogos 2013, saya membeli HP baharu jenis Samsung di sebuah kedai di
Dataran Senawang. Saya terpaksa membeli simcard
baharu kerana simcard lama tidak
boleh diguna-pakai pada HP yang baharu. HP lama jenis Nokia saya beli di
Kompleks Pertama, Kuala Lumpur dengan harga RM 600.
“Mengapa
tak boleh pakai?” tanyaku kepada pekerja kedai itu.
“Tengok
tarikh sim card 2001. Dah lama sangat,” terang pekedai itu.
Memang
sudah 12 tahun usia HP saya itu tidak
canggih, tetapi masih berfungsi dengan baik. Bagi saya, boleh buat panggilan
dan menghantar mesej sudah mencukupi. Tetapi dengan kemajuan teknologi fungsi
itu tidak mencukupi hari ini.
Ada
dua sebab yang mendorong saya membeli HP baharu. Tetapi saya membeli yang murah dan mampu
sahaja. Pilih yang murah supaya tidak terkilan, kalau hilang atau terjatuh ke
dalam lubang tandas.
Pertama
seorang rakan fb tanya, “Cikgu ada WhatsApp?” Saya tidak pasti apa yang dimaksudkan. “ ak… HP saya barang antik, ” jawab saya seolah-olah
tahu.
Kemudian
saya bertanya kepada anak saya, “ Apa bendanya WhatsApp? ” Jawapannya, “HP ayah dah lama, tak ada, HP baharu semua ada.”
Kedua,
kira-kira seminggu kemudian, Ketua Biro
Berita Harian Seremban, Encik Ziauddin Sharudin bertanya soalan yang sama.
“Cikgu
ada WhatsApp?” tanyanya dalam mesej.
“Tak
ada Encik Zia, HP saya barang antik,” jawab saya.
“Ok,
tak apa, ” jawab Encik Zia ringkas.
Dua
dorongan itu menyebabkan saya teringin hendak membeli HP yang baharu. Setelah dua bulan angan-angan impian saya menjadi
kenyataan.
Maknanya saya mula mengunakan HP sekitar tahun 2001, ketika masih
berkhidmat di MPPM, Melaka. Saya tidak pernah membawa HP waktu mengajar. Ramai
guru pelatih (GP) menghubungi saya tidak
akan mendapat jawapannya.
Mengapa
cikgu tak jawab? ” tanya GP yang menghubungi saya.
“ My HP
in my beg, in my car,” jawapan yang saya berikan. Ini maknanya saya akan
menjawab call atau message setelah saya berada dalam
kereta.
Saya sengaja tidak membawa HP kerana tidak mahu diganggu ketika mengajar dan mematuhi bersama larangan
GP membawa HP ke bilik kuliah.
Dengan
harapan GP mematuhi peraturan itu dan membawa HP ke bilik kuliah. Malangnya, ramai GP membawa HP bersama dan kadang-kadang tanpa rasa bersalah menjawab call atau message dalam bilik kuliah.
Satu
hari saya membawa HP waktu mengajar dan meletakkannya di atas meja.
GP hairan dan perli saya. “ Bawa HP
hari ini, selalu in my beg in my
car, ” kata GP itu. Jadi, saya terpaksa menjelaskan terus terang.
“Anak
saya, baru operate di HUKM malam
tadi, ” jelas saya. “ Saya khuatir kalau
ada panggilan kecemasan, kalau apa-apa terjadi,”
GP diam tanda faham.
Oleh: Mohammad Abd Ghani
Catatan
Teknologi media komunikasi itu penting dalam kehidupan zaman kini. Peraturan juga penting dan wajib dipatuhi. Bagaimana kita
meletakkan keperluan peraturan dan kepentingan teknologi media komunikasi dalam
situasi tertentu. Berdasarkan pengalaman saya yang sedikit, kedua-duanya perlu
bergabung mengikut situasi dan keadaan yang
urgent atau kecemasan. Namun
dalam memelihara kedamaian dalam bilik pengajaran dan pembelajaran
peraturan menjadi keutamaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan