Jumaat, 20 September 2013

Dialog Yatimah-Tengku Khirlina.

Dialog 1
Yatimah dan Tengku Khirlina menjadi rakan FB setahun lepas. Kedua-duanya, guru lulusan dari institusi perguruan yang sama tetapi tidak kenal antara satu sama lain. Namun, akrab dan sering berhubung melalui maya. Suatu hari Yatimah berkomunikasi maya dengan Tengku Khirlina.
 Yatimah              : Assalamualaikum, Tengku apa khabar?
Tengku Khirlina  : Salam, sihat­­ Yati apa khabar? Ada isu baharu?­­
AYatimah          : Kat mana ni? Ada class ke?
Tengku Khirlina : Office lah. Mana lagi. Sekarang free.
Yatimah             : Good ... Sana hujan ke?
Tengku Khirlina : Ngape? Tak hujan, panas ni­­.
Yatimah             : Samalah Tengku. Hang free ke  next two weeks? Khamis.
Tengku Khirlina : Berapa haribulan?­­ Pagi ke?­­
Yatimah             : 19 September
Tengku Khirlina : Pagi?­­
Yatimah            : Lunch, some around 10-11
Tengku Khirlina : Oh ... petang ada class, nanti rushing  tak  sempat. La­­ni dah
berbulan-bulan  lunch tapaw bawa  kat office je­­.
Yatimah            : So, bila yang free? Pagi.
 Tengku Khirlina : Minggu  depan ke?­­
Yatimah            : Following week.
Tengku Khirlina : Kalau pagi between 9-10,  ok lah tapi hari  Isnin kot. Ngape ?
macam urgent je­­.
Yatimah            : Taklah ... Taklah urgent  cuma nak sampaikan hajat orang nak jumpa awak je boleh ke tak?
Tengku Khirlina :   La ... siapa pulak  yang berhajat sangat  tu?­­
Yatimah            : Pak MGR lah.
Tengku Khirlina :   Issshhh ... bila dia beritahu awak?
Yatimah            : Adalah ... beberapa jam lepas.
Tengku Khirlina : Apa hal pulak ni?­­ Cuba cerita panjang atau  pendek­.
Yatimah            : Tak adalah apa ... Tak tahu nak cakap ... dia cuma nak jumpa
dan kenal  Tengku, itu je. Kut ... kut kali terakhir, sebelum dia pejam mata.
Tengku Khirlina : Hahahahahahaa ...­­ ehhh ... serious ni sampai nak pejam mata.
Yatimah             : Dia nak tuntut hang belanja makan kut.
 Tengku Khirlina : Nak mata saya ke?­­.
Yatimah              : Entah le ... lupa pulak tanya.
Tengku Khirlina  :  Tak tau lah bila free, sebab kalau nak jumpa jauh-jauh  nanti saya tak sempat nak kejar ke  office balik­­.
Yatimah            : Alah ... apa  yang jauhnya ... kita mai jumpa kat area office
awak lah. Tak lah terkejar-kejar awak nanti.
Tengku Khirlina :  Hah... kat office kita ?  Awak tak pergi sekolah ke?
Yatimah            : Boleh ambik cuti ... ada  extra cuti. Demi kawan.
Tengku Khirlina  : Uuuuiiihhh ... sampai ambil cuti ... dah awak je la jumpa dia­­.
Yatimah            : Macam mana, pas tak? Tengok tu, dia nak jumpa awaklah Teng
ku. 
Tengku Khirlina : Tak boleh janji lagi. Nanti apa-apa, saya beritahu, sehari atau dua hari sebelum.
Yatimah            : Bukan saya !
Tengku Khirlina  : Kan ramai lagi  ex- MPPM­­.


Yatimah menghubungi Tengku Khirlina untuk menyampaikan hajat seseorang  bergelar MGR. Tetapi Tengku Khirlina tidak memberi  jawapan yang pasti.

Tiada ulasan: