Jumaat, 20 September 2013

Korelasi Promosi Aktif Dengan Jumlah Paparan Halaman

Sewaktu menghantar proposal ceritaapaapasaja: Edisi Pengenalan kepada Unit Buku Umum Karangkraf pada 19 Ogos lalu, blog ini hanya menerima kunjungan kira-kira 30,000 pembaca.
    Waktu itu entri blog ini dikemaskini apabila ada kelapangan malah ada ketikanya `terbiar’ begitu sahaja buat beberapa minggu. Paling teruk sewaktu disapa `penyakit tidak bernama’ ceritaapaapasaja bagai anak yatim piatu; tidak berayah dan tidak beribu.
    Dengan bantuan Feedjit (enjin pengesan paparan halaman), saya membuat eksperimen. Setelah proposal diemel, saya membuat pelbagai promosi termasuk `mengumpan’ pembaca dengan isu-isu sensasi.
    Antaranya tentu kisah `seorang jantan’ (istilah ini digunakan secara sedar kerana Friend FB ini mempunyai naluri yang melebihi lelaki biasa) yang syokkan saya, lelaki berusia.
    Melalui Massage Facebook (FB), jantan ini membuat pengakuan berani mati bahawa dia timbul berahi apabila melihat foto profil FB saya (yang digunakan kini).
    Massage itu saya paparkan di FB dan blog ini. Hari itu sahaja paparan halaman meningkat hingga melebihi 200 kunjungan sehari; sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum itu.
    Lebih mengujakan, tindakan jantan itu yang tidak dapat mengawal `amarahnya’ dengan `menghentak’ Like puluhan kali, turut mendapat perhatian.
    Untuk laporan terkini, penemuan bekas pelajar yang kini menjadi penulis iaitu Nazali Noor di Wall Facebook Pengurus Besar Penerbitan Buku Karangkraf, Puan Sri Diah Shaharuddin, telah melonjak kunjungan yang mendadak iaitu hampir mencecah 400 paparan halaman awal pagi ini.
     Nazali telah merangkaikan akaun Facebook saya dengan rakan-rakannya sewaktu di Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban dahulu (1988-1989)
    Alhamdulillah, genap sebulan inilah hasilnya (lihat laporan Mr. Feedjit)
Nota: ceritaapaapasaja turut dibaca dari Russia, Amerika, Afrika, Australia malah tempat-tempat yang tidak pernah didengar bunyinya sebelum ini. Antara tempat itu ialah Pasto, Narino. Di mana ya?

Tiada ulasan: