Halaman

Khamis, 12 September 2013

Tanggapan Terhadap Orang Nogori 9 Rasis ko prejudis atau persepsi ?

Sebagai ketua negeri, Tok Mat juga mungkin tidak suka orang luar menuduh orang perempuan Negeri Sembilan kaki `queen-control".
Tengku Mimi Khirlina yang berusia 40-an pernah berbicara dalam
Facebook bersama saya. Ia bermula dengan kisahnya  menolak perkahwinannya dengan bekas tunangnya jejaka dari Kuala Pilah,  Negeri Sembilan.
       Tunangnya  dipilih oleh kedua-dua orang tuanya. Tengku Mimi Khirlina menyatakan kepada arwah bapanya, Datuk Tengku Ibrahim,  mengapa dia enggan seboleh-bolehnya berkahwin jejaka Negeri Sembilan. Alasan yang diberikan, bagaimana liku-liku hidup berumahtangga  yang dialami oleh abangnya yang  pernah berkahwin dengan seorang perempuan Nogori 9. Sepanjangan perkahwinan itu abang tersiksa dengan kongkongan isterinya yang berasal dari Lukut, Port Dickson.  
       Pengalaman itu membawa  pelbagai  persoalan  dalam otak Tengku Mimi Khirlina  kerana anggapan  ia sebagai amalan masyarakat Adat Perpatih.
       Soalan dalam pemikirannya ialah, mengapa wanita Nogori 9 bolot harta pusaka, queen controls atau buat suami patuh pada arahan isteri, kebendaan atau materialistik. Persoalan lain lelaki berkahwin wanita Nogori 9 masuk ‘suku’ dan bila bercerai keluar sehelai sepinggang. Isu ini menghantui pemikiran Tengku Mimi Khirlina kerana semuanya dilalui oleh abang kandungnya.
      
Ya, topik hari ini ialah berkahwin orang Negeri Sembilan. Adakah rasis atau  prejudis?
       Saya memulakan dengan menimbulkan   satu soalan, “Betul ke kahwin
orang Nogori 9 kena queen control?” tanya aku. Soalan ini disambut oleh Tengku Mimi Khirlina dan beberapa rakan lain.
       “Betul tu, bang ... saya sokong 100%,” jawapan balas dari  Tengku Mimi Khirlina pantas.  
        Bila ditanya sedemikian teringat pesanan sahabat baik arwah daddy yang tinggal bersempadanan dengan Melaka.  Pasangan itu beristerikan orang Nogori 9, selalu berbalah isu hak dan harta. Orang lelaki Nogori 9  perlu berusaha sendiri, juga pembahagian harta harus diserahkan pada perempuan, menyebabkan dia berpesan jika meninggal dunia dikebumikan di Negeri Melaka,”  tambah Tengku Mimi Khirlina.
       “Maaflah Datuk setiap hujung minggu saya kena cuti sebab nak balik
Rumah  Mak Iti (org N9), “ Kata driver arwah daddy, Uncle Osman. Orang Kedah
        "Aiii ...Man tiap-tiap weekend?” Daddy tanya balik
       “Ya Tuk....kucing beranak pun nak balik. Last-last  saya tinggal spender je macam ni,:” kami adik beradik tergelak dengan  lawak Pak Man...
       ‘ Uncle Osman, arwah dah dia,” sambung Tengku Mimi Khirlina.
       “ Saya orang Nogori  9.  Suka juga orang Kelantan,” kata Nazri Yusof pula.
       “ Sebenarnya,  orang lelaki mana-mana negeri pun baik. Cuma mungkin lelaki pantai timur lebih lembut dan dapat menundukkan orang perempuan Nogori  9... agaknya,” kata Tengku  Mimi Khirlina lagi.
       Mungkin juga perempuan Kelantan pandai  cari rezeki dan tak lokek berbahagi dengan pasangannya menyebabkan lelaki Nogori  9  yang jauh hati dengan perempuan senegeri dengannya merasakan lega dengan penerimaan perempuan Kelantan,” tambah Tengku Mimi  Khirlina selanjutnya.
        Kalau gitu rasis  ke prejudis?  Hehehe....mai dari  negeri mana pun sama gak... yang pentng diri  sendiri, ” sampuk Cikgu Nurul pula.
       Betul tu cikgu Nurul ... bukan rasis. Tapi prejudis,”  aku menyokong Cikgu Nurul.
       “ Saya tak sukalah orang prejudis.. sebab saya mengalami satu
pengalaman macam tu la gak lebih kurang... macam ne sorang pegawai bank marah-marah saya bila saya berurusan dengan dia di sebuah bank di KL ... saya  dah tak ingat bank apa dan katanya... waktu-waktu baru sampai  dari kampung ... mai nak daftar kat UPM ...loghat saya pun memang tak leh kontrol  la... dia arah saya pi kaunter laen,  walaupun kaunter dia kosong.. tak dak sapa..nombor giliran yang dipanggil  tu memang kat kaunter dia,” cerita Cikgu Nurul.
       “Waktu tu zaman-zaman  reformasi  lagi... sekitar 1999-2000...mungkin ada segelintir yang prejudis  dengan orang-orang negeri-negeri  sebelah utara. Sedih dan rasa nak menangis ja kat mak saya.. tapi sebab saya cerdik dan sabaaq sikit dari orang tu ... saya tak dak la nak marah dia balik .. pastu memang  saya tak suka kalau orang  prejudis terhadap satu kaum, bangsa , budaya..bahasa dan lain-lain,”  jelas Cikgu Nurul panjang lebar yang berasal daripada Kedah.
       Bagi  saya biaq kita berbeza,  asal selagi menghormati... jangan menilai dari  satu sudut  ja... mungkin tu cuma teori kebetulan ja kot..hihihiihihih,” kata Cikgu Nurul lagi dalam loghat utara lagi.
       “Tumpang tanya, apa itu prejudis? Saya ni kurang perbendaharaan kata,”  tiba-tiba  Anuar Khir menyampuk pula
       “Prejudis  bermaksud berfikiran negatif iaitu suka memandang serong pada seseorang atau sekumpulan orang,” terang  Shah Jehan. 
       So,  bukanlah rasis,  ya Shah...?” tanya Tengku Mimi Khirlina.
       “ Oh, bukan rasis  tapi prejudis atau  persepsi saja,” terang Shah Jehan.
       “Oh, syukran,”  suara Anuar Khir.
       Semua persoalan dalam pemikiran Tengku Mimi Khirlina  itu hanya persepsi atau momokan sahaja. Masuk suku, queen control, sehelai sepinggang dan lain-lain, hanya konotasi  jenaka sahaja. Tetapi, momokan terhadap  gadis Nogori 9  yang begitu, hingga menakutkan gadis luar berkahwin dengan jejaka Nogori 9. Ini menyebab Tengku Mimi Khirlina memutuskan pertunangan dengan jejaka Kuala Pilah.
       Jejaka Kuala  Pilah sangat kecewa dan menyatakan tidak akan berkahwin dengan  gadis lain, kecuali Tengku Mimi Khirlina. Sebaliknya,  tidak sampai tiga bulan jejaka itu berkahwin dengan gadis Kuala Lumpur juga. Tengku Mimi Khirlina tidak kecewa tetapi tidak percaya dengan jejaka Nogori 9. Adakah sikap Tengku Mimi Khirlina itu rasis atau persepsi? 
Oleh: Mohammad Abd Ghani
Catat Ulasan