Saya temui semula hero saya di dinding FB Kak Sri Diah Shaharuddin.
MasyaAllah terharunya saya bila bersua cikgu Bahasa Malaysia saya yang
mengenalpasti bakat saya dalam menulis.
Saya nukilkan begitu banyak
sekali cerita cikgu kesayangan saya Cikgu Zulkifli Abu dalam buku Ulu Yam Di Liverpool.
Di laman maya kami berjejak
kasih. Dah lama saya cari cikgu Zul hari ini saya temui selepas 24 tahun kami
terpisah.
Terima kasih cikgu.. moga
ukhuwwah berpanjangan.
Di halaman 94 dan beberapa
halaman lagi saya bercerita tentang Cikgu Zul dan impaknya dalam kehidupan
saya.
Terima kasih cikgu kerana
kenalpasti bakat saya.
Moga Allah kurniakan nikmat dan
keberkatan hidup di dunia dan akhirat untuk jasa dan pengorbanan cikgu mendidik
saya.
P.S:
P.S:
Saya kongsi sedikit nukilan di
halaman 94 buku Ulu Yam Di Liverpool tentang cikgu idola saya ini. TERUJAAAAAA!!
Tidak cukup dengan itu Nazali Noor turut meninggalkan pesanan pada akaun
Facebook; mungkin memikirkan saya akan terlepas membaca catatan di Wall Sri
Diah Shaharuddin, Pengurus Besar Penerbitan Karangkraf.
Salam cikgu Zul.. saya Nazali anak
murid cikgu. Dah lama sangat saya cari cikgu.
Saya di Liverpool
kini dan saya baru hasilkan satu buku yang banyak sangat pengalaman dengan
cikgu dalamnya .
Boleh saya mohon
no telefon cikgu untuk saya hubungi.
Saya rindu...
Nazali Noor, Liverpool UK
Nazali Noor, Liverpool UK
Kebetulan
hari ini aku tidak ke kebun dan ingin bersantai sambil memikirkan kertas konsep
penjenamaan semula sebuah daerah yang diamanahkan oleh Pegawai Daerahnya yang
baharu tiga minggu dilantik.
Sejak
empat hari lalu, Facebook cuma dijengah sambil lalu manakala blog ini sengaja
`dibiarkan’ untuk menguji andaian, `promosi ada korelasi langsung dengan jumlah
kunjungan.’
Jadi,
catatan di atas yang hanya beberapa minit dipos segera tertancap di mata dan
pastinya ia cukup mengharukan. Apatah lagi apresiasi seorang pelajar
didokumentasi dalam sebuah buku; dunia yang juga cukup dekat dengan bekas
gurunya.
Nazali
Noor. Nama ini sering dikelirukan dengan nama Norazli Noh; kedua-duanya orang
Ulu Yam dan Batang Kali. Maka terjadilah adegan yang mendebarkan.
Nazali Noor Assalamualaikum
cikgu..masih ingat saya? dah lama saya cari cikgu.. Saya Nazali anak murid
cikgu di STTJ tahun 1988/89.
Zulkifli Abu Mengapa
tak ingat! Nazali Noor adalah
antara murid yang amat bagus karangannya di dalam kelas. Antara yang sezaman
dengannya di STTJ ketika itu ialah Ramli Karim yang kini berkhidmat di Kumpulan
Utusan (Ramli agak sibuk kebelakangan ini hingga tidak sempat berFB lagi kerana
sudah pasang...). Selamat Bertemu Kembali Nazali.
Zulkifli Abu Di
mana sekarang?
Nazali Noor Alhamdulillah…
saya di Liverpool sebagai pensyarah kanan di Liverpool John Moores University
dalam bidang harta tanah.
Saya baru hasilkan buku motivasi santai keluaran karangkaraf bulan depan bertajuk Ulu Yam di Liverpool dan banyak sekali rentetan perbualan kita dalam buku tu cikgu.
Cikgulah inspirasi saya untuk menulis dari dulu lagi dan saya nak hadiahkan senaskah pada cikgu nanti.
Ini sinopsis buku saya..cikgu bacalah ya?
https://www.facebook.com/photo.php...
Saya baru hasilkan buku motivasi santai keluaran karangkaraf bulan depan bertajuk Ulu Yam di Liverpool dan banyak sekali rentetan perbualan kita dalam buku tu cikgu.
Cikgulah inspirasi saya untuk menulis dari dulu lagi dan saya nak hadiahkan senaskah pada cikgu nanti.
Ini sinopsis buku saya..cikgu bacalah ya?
https://www.facebook.com/photo.php...
Zulkifli Abu Ok!
Saya sempat baca profil you dalam FB ini. Tahniah! You tidak sia-siakan bakat
yang terserlah sejak zaman sekolah. Sebelum ini saya keliru dengan seorang lagi
rakan di FB ini iaitu Norazli Noh (mantan Setiausaha Akhbar Tan Sri Rais Yatim)
yang saya ingatkan you. Patutlah dia `tak layan' apabila diajak bercerita
sewaktu di STTJ.
Nazali Noor Ini
antara perbualan kita di sekolah yang saya nukilkan dalam buku ... Cikgu masih
ingat tak?
Zulkifli Abu Alhamdulillah!
Betapa besarnya nikmatmu ya Allah! Kau pertemukan kembali aku dengan bekas anak
didikku. Selamatkan kehidupan mereka dan berikanlah mereka hidayah agar terus
mampu menulis. Kaupinjamkan lagi kami berdua untuk terus mampu menulis semata-mata
kerana-Mu yang Allah. Amin!
Nazali Noor Alhamdulillah
Ya Razzaq.. terharunya saya cikgu.. sangat sangat terharu... Jemput datang ke
LIverpool jika ada rezeki.. 24 tahun kita tak jumpa.. Kalau saya pulang saya
nak jumpa cikgu dan belanja cikgu!
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Ketika catatan di bawah dinukilkan di Wall Sri Diah
Shaharuddin, ini pula yang berlaku.
Zulkifli Abu Wall Sri Diah
Shaharuddin menjejak kasih tiga penulis: Norazli Noh, Nazali Noor dan
Zulkifli Abu.
Sri Diah Shaharuddin Alhamdulillah. Saya sangat terharu dengan momen manis ini. Allah gerakkan segalanya ke arah kebaikan. Satu penyatuan yang indah dan semoga kemanisan ini berkekalan mengiringi usia kita, demi ilmu, demi ummah, demi persahabatan kita.
Sri Diah Shaharuddin Alhamdulillah. Saya sangat terharu dengan momen manis ini. Allah gerakkan segalanya ke arah kebaikan. Satu penyatuan yang indah dan semoga kemanisan ini berkekalan mengiringi usia kita, demi ilmu, demi ummah, demi persahabatan kita.
Zulkifli Abu Sri Diah Shaharuddin.
Saya tidak malu berkongsi momen indah ini. Ketika catatan ini ditulis, air
jernih masih bergenang di mata.
Zulkifli Abu Apa
lagi yang dapat membahagiakan seorang guru tua selain diingat dan dikenang oleh
bekas anak didiknya.
Norazli Noh Amin...
Kenangan mengusik jiwa.
2 ulasan:
Bergenang air mata saya membaca entry Tuan ini....penulis yg hebat mmg mampu mengusik jiwa pembacanya ;)
Terima kasih Linda atas penghargaan itu. Bagaimanapun segala-galanya milik-Nya.
Catat Ulasan