Halaman

Ahad, 4 Ogos 2013

Benarkah Aku Buruk Dari Kaca Mata Ex-MPPM?

Pada tanggal 23 Febuari 2011 timbul persoalan, BENAR KAH AKU  BURUK DARI KACA MATA EX-MPPM? Adakah benar atau persepsi sahaja. Kalau itulah tanggapan segelintir  Ex-MPPM, aku rasa sangat kecewa. Aku  lebih 20 tahun berkhidmat di MPPM, memberi  peluang aku mencurah titis ilmu yang aku miliki untuk srikandi bangsa.  
    Aku anggap sungguh besar hati budi MPPM padaku.  Itu sebab aku sayang MPPM dan semua warga MPPM. Aku sayang semua guru pelatih (GP)  MPPM sama ada aku ajar atau tidak. Aku tidak pernah mendengar tanggapan yang demikian hinggalah hari ini.
    Hari ini, setelah hampir lima tahun aku  meninggalkan perkhidmatanku, baru  aku  tahu, tanggapan secebis Ex-MPPM terhadapku. Aku rasa kecewa dan berasa gagal walaupun aku  sentiasa menjaga diri dan maruahku ketika di MPPM.
    Mungkin secebisnya telah aku gambarkan padamu. Aku  sentiasa ingat pesanan Ketua Jabatan Pengajian Melayu(PM), Haji Kadir Amin  ketika melaporkan diri berkhidmat di MPPM pada 16 Julai 1986. Pesanan "Jangan layan budak-budak itu, Mad,” masih terngiang-ngiang dalam otak aku sepanjang 20 tahun di MPPM. Aku faham apa yang dimaksudkan oleh Haji Kadir itu.
    Ketika di MPPM  aku memang tidak banyak bergaul dengan pensyarah-pensyarah pun. Mereka anggap aku sombong. Aku, selalu menyendiri melakukan tugas di bilik Jabatan PM, atau di perpustakaan Bangunan Pakar atau di Bilik Tamu Asrama (Muzium kini) . Aktiviti Kelab Pensyarah pun aku  kurang campur. Aku juga tidak menetap di Melaka, sebaliknya aku berulang- alik dari Rembau ke MPPM selama 20 tahun. Datang pagi dan balik jam 2.00 petang.
    Kalau kursus pun kalau setakat Kuala Lumpur bahkan Batu Pahat pun aku  akan berulang-alik dari Rembau. Kalau ada program atau aktiviti waktu malam di MPPM seperti persembahan pun aku  akan balik ke Rembau. Aku  biasanya kongsi  satu kereta dengan Haji Rahim Majid, Haji Sallehudin Aman dari Tampin. 
    “Aku sangat sedih Umi. Aku  memang rapat dengan GP yang aku  pernah ajar. Sebaliknya, GP yang aku  tidak mengajar takut menegur aku dan anggap kata aku  sombong. Tapi mereka tidak mengenali siapa aku  sebenarnya. Hanya GP yang pernah aku  ajar akan lebih mengenaliku.”
    “Bukan saja temberang, tapi joker juga,” kata mereka. Aku  seringkali menyatakan kita mengajar dan belajar lima minit sahaja dan lebih ceria bercerita dengan cerita teladan yang baik ditanamkan dalam jiwa GP. Aku mengambil pendekatan ini dari pensyarahku Haji Awang Mohd Amin ketika di UPM.
    Pada ingatanku, aku  tidak  pernah buat perkara tidak senonoh dengan mana-mana GP MPPM kecuali dua orang yang aku kata aku benci kepada mereka. Itu pun bukan aku  yang buat tidak senonoh  tetapi mereka yang membuat tidak senonoh dan fitnahkanku. 
    “Aku akui Umi, aku tidak pernah pegang tangan mana-mana GP MPPM. Kalau ada pun dengan Wawa… yang biasa cium tanganku kerana dia anggap aku seperti ayahnya. Tapi aku sendiri   tidak  pernah cium tangan Wawa. Sumpah. Hanya, Umi Ex-MPPM yang aku  genggam tangan Umi dan cium tangan Umi. Dan tepuk paha Umi.
    Aku akui aku nakal dengan Umi, tetapi bukan jahat. Aku  lakukan kerana aku  sangat sayang Umi. Umi telah dianugerahkan oleh Tuhan kepadaku. Aku  akan jaga Umi baik-baik. Itu nawaituku. Aku tak akan kecewakan Umi. Aku  akan hadapi dengan berhemah jika berhadapan dengan sebarang masalah. Kalau hendak kata perangai buruk aku  dengan Ex-MPPM hanyalah dengan Umi. Aku terima.”
    Itu pengakuan ikhlas aku  kepada Umi. Kalau Umi tidak  percaya dengan aku, Umi tanyalah mana Ex-MPPM yang pernah aku  ajar. Aku  khuatir, disebabkan tingkahlaku atau perangai orang lain,  dikatakan aku yang buruk perangai.
    Walau bagaimana pun, kalau Umi sayang aku, Umi mesti cerita denganku dan nyatakan siapa Ex-MPPM yang berpersepsi begitu. Kalau tidak nanti aku akan cari sendiri siapa Ex-MPPM itu. Aku  sudah nyatakan pada Umi dua jenis orang yang aku  paling benci, iaitu bohong dan fitnah. Nanti aku  tampar mulut orang macam tu. Dua perkara ini memang aku  tidak boleh sabar.
    Kalau benar, aku  akui dan kalau tidak aku  nafikan. Hanya aku dan Allah  yang tahu, apa yang aku  lakukan dalam hidupku. Aku ikhlas dan sentiasa jujur dengan Umi kerana Umi pun demikian. Umi... aku  yakin... yakin kata dan janji Umi.  Aku  sudah tahu sedikit sebanyak hati budi Umi dan sikap Umi. 
    Malam ini mungkin aku  tidak boleh tidur, memikirkan benarkah aku pernah melakukan   kesalahan atau keburukan dalam masa 20 tahun mencari rezeki halal di MPPM.  
    Kalau ada keburukanku yang tidak aku  sedari, aku mohon maaf dan mohon ampun dari Umi. Tetapi, aku yakin aku  tidak pernah bekelakuan buruk dan tidak senonok ketika di MPPM. Aku  yakin pada diriku,  tak buat. Mungkin salah orang dan aku bukan orangnya.
    Persoalan, BENAR KAH  AKU  BURUK DARI KACA MATA EX-MPPM? Telah dijawab oleh seorang GP EX-MPPM, Tengku Umi Najah juga. Pada pendapat Umi, mereka bukan beranggapan aku buruk, daripada apa yang di ceritakan, hanya sikap aku  yang terlalu 'gatal'  terhadap GP di MPPM.
    “Memang MPPM banyak terhutang budi dengan abang. Mungkin kata-kata abangg 'sayang' kepada semua GP di salah anggap kerana setiap GP mempunyai persepsi yang berlainan. Apa lagi Umi yang memang abang tidak pernah ajar dan Umi tidak pernah mendengar, mengetahui dan mengikuti kuliah abang. Kalau Umi ada dalam kelas abang pun mungkin Umi akan berfikiran yang negatif kerana dulu Umi memang datang ke MPPM untuk belajar bukan bersosial,” terang Tengku Umi Najah.
    Rasanya setiap pensyarah mempunyai cara yang berlainan untuk menarik minat GP semasa kuliah. Adakah mereka mengadaptasikan cara mengajar dengan perasaan sayang. Itulah kata-kata mereka bila mereka bandingkan pendekatan dan cara abang menarik GP antara satu sama lain.
    “Perkara-perkara tidak senonoh, Umi rasa tidak perlulah beritahu  kerana semalam Umi cuba meringkaskannya, kerana lagi banyak orang bercakap, lagi banyak yang salah. Lagi banyak salah, lagi banyak dosa. Maka lagi banyak Umi akan sakit hati. Umi cuba menenangkan dan memujuk hati Umi sendiri. Umi memandang apa yang ada di depan Umi, kalau Umi timbangkan latar belakang, cerita dan lain-lain  tanggapan GP ... pasti Umi...???,” kata Tengku Umi Najah lagi.
    “Umi sudah jangka perkara ini akan terjadi, kerana Umi sudah pernah dengar semasa di MPPM, cuma Umi tak tahu siapa pensyarahnya dan kebetulan hari ini Umi sudah tersangkut dengan orangnya,” tambah Tengku Umi Najah.
    “Sebab itu Umi sedaya upaya cuba mengelak dari GP yang lain semasa di MPPM dan di FB ini. Umi sangat-sangat takut kerana mulut mereka, Umi binasa. Semua boleh berubah dalam sekelip mata. Apa yang abang lakukan pada Umi atau Wawa lakukan pada abang jika diketahui mereka pasti macam-macam  cerita timbul. Umi tidak kenal Wawa, siapa kawan-kawannya semasa di MPPM. Juga GP lain di MPPM. Sekarang kawan boleh jadi lawan. Ramai hendak jadi gunting dalam  lipatan. Akhirnya Umi atau abang jadi seperti api dalam sekam.”
    “Umi cuba berpegang pada prinsip Umi, Umi akan terus mempercayai abang, menyayangi abang dan setia selagi abang setia bersama Umi. Abang jangan risau, Umi tetap seperti dulu, tidak berubah dan menyayangi abang. Jaga kesihatan, jangan fikirkan sangat. Yang pasti kita bahagia bersama walaupun tanpa restu mereka,” demikian  pengakuan dan pesanan  Tengku Umi mengakhiri topik itu.
    Adakah aku buruk juga daripada kaca hati Tengku Umi Najah? Atau membuat persepsi yang sama dengan EX-MPPM yang berkenaan. Aku tinggalkan persoalan itu kepada semua EX-MPPM 1986-2006 yang mengenaliku.

Oleh: Mohamad Abd Ghani
Catat Ulasan