Halaman

Isnin, 26 Ogos 2013

Sabar Tiada Batasannya?

“Juriyati, kesabaran dalam hidup ini sebenarnya tiada had dan batasannya. Sesiapa yang menyatakan sabar itu ada had dan batasnya, itu adalah salah. Itu sebab, kekuatan dalam menahan kesabaran itu adalah dituntut, dan apabila kita berjaya menahan kesabaran itu, besar hikmah dan hidayahnya yang akan kita perolehi,” kata salah seorang tokoh agama kepada saya.
     Amat saya hargai kata-kata itu, dan saya jadikan azimat di sepanjang perjalanan hidup ini. Malah bila bertemu dengan kawan-kawan yang bermasalah yang tidak tahan dengan dugaan dan ujian hidup yang dilalui, saya akan ulangi kata-kata itu.
     Namun, amatlah payah di kalangan mereka untuk menerimanya, kerana yang mereka perlukan adalah disokong dan galakan lagi, malah mahu dilayan mainan perasaan mereka itu bagi mendapatkan kemenangan walaupun ternyata, kesilapan jelas daripada diri mereka sendiri.
     “Sabar itu sebenarnya, tiada had dan batasannya, jangan terus melayan emosi, kerana nanti padahnya kepada kita juga, tahanlah dengan ujian Allah swt, Insya-Allah, kita akan dipeliharanya dan disayanginya sentiasa.
     “Selagi kita bernafas di dunia pinjaman Allah swt ini, selagi itulah kita akan sentiasa diuji dengan kesabaran. Apabila kita sudah tekad dan menerima setiap yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan ketulusan niat tanpa selindung, Insya-Allah kita akan sentiasa redha dalam apa juga dugaan dan ujian yang mendatang walau sepahit dan sepedih mana pun kerana yang lebih mengetahui adalah Allah swt dalam setiap kebenaran itu.
     Rentetan daripada kata-kata itu, ingin saya kongsi pengalaman yang dilalui baru-baru ini kepada diri saya sendiri. Walaupun pada saya cuma sekelumit permasalahan yang dihadapi, namun kesannya boleh diambil sebagai pedoman agar kita tidak digolongkan sebagai seorang yang suka menyerlahkan ketidakmatangan diri dan sudahnya akan ditertawakan orang dengan melabelkan kita sebagai seseorang berstatus mengalami masalah dalaman tanpa kesudahan.
     Tanggal 24 Ogos 2013, saya terbaca melalui laman facebook saya coretan dari salah seorang yang sememangnya amat saya kenal, kerana dia adalah di bawah pemerhatian saya dalam melaksanakan tugasan seharian (tetapi bukan di kalangan rakan sepejabat).
     Sebelum ini, banyak dipaparkan berbagai-bagai coretan mengenai ketidakpuasan hatinya terhadap saya dengan perkataan yang tidak langsung menampakkan kematangan diri. Seolah-olah seperti seorang kanak-kanak di bawah umur yang bergaduh sesama sendiri. Tidak pernah saya hiraukan, kerana jika dilayankan, akan membawa diri saya terjerumus ke kancah yang ditertawakan orang.
     Namun, untuk kesekian kalinya, coretan yang dipaparkan pada tanggal 24 Ogos itu, saya mengambil keputusan memberi penjelasan mudah dan singkat. Jika penjelasan terperinci diberikan, nanti terjadi pula pada dirinya ibarat “menepuk air di dulang”. Bagaimanapun, kesopanan itu tetap menjadi teras pegangan ketatasusilaan, kerana tujuan bukan untuk mencari kemenangan bagi pihak sesiapapun. Bagi yang faham kerja pasti mereka akan mengerti.

58 minutes ago
Tak Bernama: Mengenai kejadian semalam.. kepada perempuan tua.. jangan selalu memainkan sentiment dan persepsi yang membentuk pemikiran negetif orang keliling anda yer.. jika sebab nak menjalankan tugas dan mengambil tahu hal dan perihal mereka yg dibawah skop anda.. pastikan tak melanggar etika tugas..
     Anda diyakini dan dipercayai ramai orang.. sama ada crita betul dan crita tak betuk.. orang aka nada harapan terima bulat2 perkara yg keluar dr mulut anda.
Pelik.. umur dah macam tu.. masih lagi perangai pelik2 dan tidak professional lak tuh.. kot yer pun dalam bidang professional.. buat lah secara professional.. dan maklum apa2 yang sepatutnya dimaklumkan.. jangan heboh dgn periuk nasi sendiri yoh sodang oghang lain dari periuk yang samo gak.. adakah anda sedang berusaha hendak memecahbelahkan kepercayaan dan keyakinan yang kami perolehi? Jika benar, maknanya.. andalah perempuan tua yang ...
Juriyati Mat Jalil: Kita dikurniakan mata utk melihat, dikurniakan telinga utk mendengar, dikurniakan lidah utk berckp dan akal utk berfikir. Jgan segla kesempurnaan yg ada itu digunakan kea rah yag tidak baik sehingga mengadu domba perkara2 yg diri sendiri tidak tahu maksud tersurat dan tersirat. Nanti, satu persatu anugerah sebagai insan yg sempurna itu diambil semula Allah swt sehingga tikanya kekesalan itu sudah tidak membawa erti. Biar Allah swt mengadili setiap kebenaran itu, kerana Allah swt yg lebih mengetahui hitam putihnya hati dan niat setiap makhluk yg diciptanya. Buruk padahnya kpd orh yg mengajar dirinya suka bersalah sangka...
1 minute ago
    
Catat Ulasan