Jumaat, 16 Ogos 2013

Keluh Seorang Wanita, Yatimah (1)

Suatu petang, aku mencapai  telefon Nokia  bernombor  019-65402xx, lantas  mendail  nombor telefon kenalan Facebook (FB) seorang guru  sekolah bernama Yatimah, di Putrajaya bernombor  019-26308xx
Yang mana satu Yatimah?
    “Assalamualaikum,” tegurku.
    “Wassalam...,” jawab Yatimah ringkas.
    “ Dekat  mana? Sekolah lagi kah?” tanyaku.
    “Ado kat rumah. Hari ini MC, sebab sakit kepalo  tiba-tiba,” bercampur dialek Negeri Sembilan.
    “ Ingat kat sekolah. Semalam tak nampak batang hidung langsung kat Fb.”
    “Jadi ambil cutilah. Now, ok dah. Cuma tinggal sipi-sipi,” jawab Yatimah.
    “Tak sihat ke?” Tanya lagi.
    “Migraine... tapi dah ok lah ini,” terangnya.
    “Kini, dah betul-betul ni dah ok ke belum? Desakku lagi.
    “Sudah, kereta pun sompeklah pergi service. Terbanglah RM400.”
    “Kereta sakit apo pulak?”
    “A/C sumbek... brek haus… ganti minyak hitam,” terang Yatimah.
    “Kereta baru pun dah kena  RM400. Kalau kereta lamo, ok lah.”
    “Pergi  sendiri? Cik abang tak tolong ke?
    “Hampehhh!“ Yatimah luah perasaan marah.
    “ Cikgu... tak baik cakap macam tu.
    “Ese pandang cikgu ni macam ada masalah jer,” cungkil rasa hati Yatimah.
    “Memang ado la. Saya tak nafikan,” aku Yatimah ringkas.
    “Cikgu! Dalam rumahtangga kuncinya tolak ansur. Seorang bising, seorang lagi mesti sonyap. Jangan sama-sama bising. Nanti riuhlah,” peringatan yang aku berikan dalam nada bergurau.
    “Yeee... Selama ni ese  banyak beralah. Lebih-lebih lagi bab duit. Susah nak cakaplah,” kata Yatimah.
    “Ese lah cikgu, sonang  sahaja. Dia membebel ese diam atau ese keluar  duduk kedai mamak sembang sampai  potang,” jelas aku lagi.
    “Ese ini, apo boleh buek. Ese buek  sendiri, tak harap sangat dia. Dia selalu refuse nak tolong,” jelas Yatimah.
    “Cikgu bekerja … tak ada masalah… konsepnya, duit cikgu, duit cikgu... Cikgu bersyukur dengan rezeki yang ada. Jangan mempersoalkan duit dia. Cikgu buat apa yang cikgu mampu dulu. Jangan angan-angan besar kerana tengokkan orang lain,” kata aku lagi.
    “Hellooo! Mana boleh macam itu. Saya ini amanah dia. Kalau macam itu tidak payah duduk  serumah. Dari awal memang sudah tunjuk nak suruh eden urus,” kata Yatimah seterusnya.
    “Betul, tanggungjawab dia. Tapi cikgu mesti sabar dan pelihara rumah tangga dengan baik,” ingatku.
    “Adik-adik angkat dia pun nak suruh  den belanja. Bukan budak-budak lagi, tapi sebaya dengan den. Apa jadi agaknya,ya?,”  kata Yatimah lagi.

    Akupun tidak setuju keadaan begitu. Rasa simpati mula mencengkam hati.  Yatimah semakin emosi meluahkan perasaannya.  Aku lantas mengalih topik  lain.

Tiada ulasan: