Tahun 1971-1972, aku mengikuti
Kursus Asas Perguruan PSR bahasa Inggeris di Maktab Perguruan Harian,
Jalan Kuantan, Kuala Lumpur. Ketika itu Kurikulum Pendidikan guru adalah ‘general purpose’ pengajian semua mata
pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Matematik dan mata pelajaran Pendidikan
kecuali pengajian Agama Islam.
Aku dalam
salah satu unit Pengajian Inggeris seramai 20 orang, terdiri daripada enam orang Melayu iaitu, Mansor Rahman (Lubok
China) , Yaakub Osman (Tanjung Keling, Melaka), Ridhuan Zawawi (Pasir Putih,
Kelantan) dan saya. Sementara yang perempuannya Saleha Wahab (Semenyih) dan Norsiah Sham (Klang) dan 14 orang lagi semua kaum Cina.
Satu
ketika, pada jam 11.30 pagi, waktu subjek, Pengajaran Matematik pensyarah, T.
Krishnan, 52 tahun, masuk bilik kuliah
tepat pada waktunya. Beliau menjinjing satu beg kulit dan mengepit satu
gulungan kertas.
“ Masuk
bilik mesti punctual time, apa kita ajar,
kita punya suka. Semuanya ilmu
pendidikan.” Itulah falsafah yang sering
dilafazkan oleh Encik T. Krishnan dalam kuliahnya.
Apabila masuk
kelas, Krishnan terus ke papan hitam mencapai kapur putih dan menulis tajuk pelajaran
yang hendak di sampaikan. Beliau menulis,” Tajuk, Mengajar Bahagi.”
“
Sekarang kita bincang ...,” terhenti. “ Tak apa lah… sekarang kita bincang macam mana
mahu jual ini tanah,” kata Krishnan yang juga seorang broker tanah sebagai
kerja sambilannya. Beliau sengaja melencong
tajuk perbincangan, sambil membuka
gulungan satu pelan tanah di Port Dickson.
“ Saya
ada satu tanah dekat PD mahu jual,” tambah Krishnan
“ Berapa
Encik Krishnan?”Tanya Mansor Rahman.
“ Tak
mahal ... Cuma RM500 ribu satu lot
sahaja…, “ tiba-tiba Encik Krishnan terhenti.
“
Sekarang kita bincang kalau RM500 ribu di bahagi empat, tentu tidak mahal,
kan?” kata selamba Encik Krishnan apabila ternampak Pengetua, Jegadeva
melintasi lalu di luar kelas.
Pengetua,
V. Jegadeva berjalan dengan tangan bersilang ke belakang, menjeling ke dalam kelas
dan berlalu.
Kami, ketawa
sinis tengok gelagat Encik Krishnan ketika itu.
“Tak, apa... sekarang kita bincang balik itu tanah.
Boleh cari orang kah?
Nanti saya beri komisyen lah,” pujuknya minta kami
mencari pembeli.
“ RM500
ribu dibahagi lima, berapa Mansor?”
Tanya Encik Krishnan dengan senyuman sinis.
“Mudah
Encik Krishnan...,” jawab Mansor dan
terputus.
Encik V Jegadeva
lalu lagi, seperti memasang telinga untuk mengetahui topik yang diajar oleh
Encik Krishnan.
“Mudah
jawablah,” tegur seorang kawan bernama, Yaakub Osman.
“RM100
ringgit sahaja,” jawab Mansor.
“Bagus,” puji
Krishnan.
“Sekarang
tak payah bincanglah. Nanti kita bincang. Sekarang kita bincang soalan peperiksan lah,” kata Krishnan.
Kemudian,
Encik Krishnan mengeluarkan sehelai kertas daripada beg kulitnya. “Sekarang
kita jawab soalan peperiksaan. Kamu semua salin,” arah Encik Krishnan. Encik
Krishnan pun membacakan soalan peperiksaan mata pelajaran Pengajaran Matematik,
satu soalan demi soalan. “ Nanti jawab itu soalan,” arahnya.
Sepanjang
pengajaran selama satu jam itu, Encik Krishan menyebut klausa “Sekarang kita bincang,” lebih 10 kali. Jelasnya, setiap kali ada
orang yang berjalan di luar bilik kuliah atau bertukar topik atau tajuk
perbincangan. Akhirnya, beliau lebih
dikenali sebagai “Mr Krishnan. Sekarang kita bincang.”
Catatan
Itu Mr Krishnan, pensyarah Matematik ketika itu, yang juga seorang broker tanah sentiasa bersama beg penuh
berisi pelan atau salinan geran tanah atau rumah. Kami sedar, tiada sesuatu pengetahuan
yang baharu yang kami pelajari selama dua tahun di maktab ketika itu. Namun
ilmu tidak formal itu mendedahkan kami pengetahuan tugas dan skill seorang
broker.
Oleh: Mohamad Abd
Ghani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan