Isnin, 26 Ogos 2013

Latihan 1

Berdasarkan wajah, aku yakin Jay Ahmad bukan nama sebenarnya. Dia memaparkan wajah lelaki Inggeris bertubuh sasa sebagai foto profil dirinya. Berdasarkan alamat di situ Jay bermukim di Manchester dan kerana itulah agaknya dia ingin berkawan denganku. Aku pernah tinggal di kota kedua terbesar di United Kingdom itu.
     Jay bukan lelaki pertama ingin berkenalan denganku dengan menghantar mesej-mesej yang berwajah muluk; sewaktu aku meladeni blog ini. Sewaktu tangan mengalir deras di papan kekunci, hantaran mesej pada saat-saat begini cukup mengganggu. Aku tidak ada masa untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan klise seperti, “Tak tidur lagi ke?” (kalau tidur bagaimana dapat melihat lampu hijau menyala di sisi kanan monitor).
     Bagaimanapun, biasanya kita lebih Melayu daripada Islam (dipinjam daripada istilah Athailah Kassim, jiranku). Kita tidak hendak mengecilkan hati kawan sedangkan pada hakikatnya menjawab pertanyaan-pertanyaan seperti hanya membuang masa. Soalan-soalan orang yang tidak ada kerja.
     ..................... (sila sambung di ruang KOMEN/ ULASAN blog).

Tiada ulasan: