Halaman

Ahad, 18 Ogos 2013

Keluh Seorang Wanita, Yatimah (3)

Aku terus menyambung perbualan lagi; ingin mengetahui mengapa Yatimah tidak mempunyai zuriat sendiri. Cuma dua orang anak angkat perempuan, masih dara sunti.
    “Satu lagi nak tanya. Soalan  peribadi jangan marah. Mana silapny? Cikgu tak ada zuriat sendiri. Masalah cikgu atau masalah dia, Sorry...,” tanyaku terus terang.
    “Oklah,  ese pernah mengandung, tapi bila rujuk pakar sakit puan, masalah benih dia  yang utama. Dia  tak usaha dan tak nampak berminat untuk berusaha dan mencari rawatan atau berikhtiar. Dan terus terang ese mengaku, tiada peruntukan pun daripada dia untuk anak-anak angkat ini belajar,” terang Yatimah.
    “Maknanya, cikgu ok lah, ya. Dengan  Dr.Hamid Arshad ke?,” soalku.
    “Tidak. Dengan doktor pakar di Klang. Dia  yang  tidak mahu membuat rawatan lanjutan dan tak mahu makan ubat. Dan masalah utamanya tidak mahu keluar duit!,” kata Yatimah seterusnya.
    “Dia ada diabetes ke?,” tanyaku lagi. Macam doktor pula.
    “Tidak ada. Asmathic saja. Masalah sikap…lembut!! Itu yang jadi punca, saya tawar hati. Harap maklum Pak Mad. Apa yang saya cuba cakapkan ni dalam lembut, dia panas baran orangnya.
    “Apa dia? Kategori orang lembut  watak,” tanyaku lagi.
    “Lembut apo?” tanya Yatimah pula. Seolah mahu berterus-terang.
    “Sorry ya! Barang dia lembut tak?” tanyaku terus terang, tanpa kias selindung.
    “Alahai! Takkan tak boleh faham kut. Semuanya!,” Yatimah terus-terang. “Terlalu lama saya tertekan; dalam macam-macam segi,” tambahnya lai.
    “Ooooohhhhh…  ooohhh!  I know your problems. Dah berapa lama cikgu  kahwin dengan dengan dia?” tanyaku lagi.
    “Ok, lah... Dah banyak cerita ni. Hope boleh faham lah, ya. Sudah 20 tahun dan saya cuba beri  ruang dan peluang pada dia; biar pun saya derita lahir dan batin. Saya sudah tidak mahu teruskn lagi.. saya nak ketenangan dan kedamaian! Saya rasa dia hanya hendak menutup keadaan diri dia sahaja dengan mengahwini saya,” keluh Yatimah.
    “Dah sudah bertahun-tahun berlalu, saya tanggung siksaan zahir dan batin. Walaupun bukan kuasa saya tetapi saya ada hak untuk  memilih jalan saya. Dia pernah hina saya dan keluarga saya. Jadi, tidak ada guna rasanya untuk  saya teruskan hidup dengan orang yang, macam itu,” terang Yatimah lagi.
    “Cikgu...! Saya faham. Dah dua tiga  cikgu Ex-Mppm yang mengalami situasi yang demikian, yang ese temui.  Ese hairan mengapa jadi macam itu. Mungkin MPPM dulu tak ajar ilmu rumah tangga,  yang diajar hanya Ekonomi Rumah Tangga,” jolokku.
    “So, sekarang, Pak Mad nak salahkan saya atau perempuan? Saya rasa,  saya belajar ilmu rumah tangga sebelum berkahwin dan bersedia.Tapi bila dapat suami yang macam ini, hati rasa pedih, sedih dan macam-macam lagi. Ingatkan dia boleh bimbing saya, sebaliknya marah adalah,” luahan Yatimah tanpa berselindung.
    “Ese tak berani nak salahkan sesiapa pun. Ese tak boleh dengar satu pihak saja, tentu tak adil, kan,” jawab aku selamba.
    “Ya, betul itu. Dia tidak suka penampilan saya dari awal lagi; sedangkan dia tahu siapa saya dari awal. Wallahua'lam. Please, tak payahlah cerita pada sesiapa ye! Jadi hotline paper esok pulak!! Ini satu discussion saja, ok!  Ese tahu, apabila sudah cerita macam-macam ini, habislah tiada  kebaikan pada  ese lagi,” pinta Yatimah.
    “Penampilan apa pulak. Saya tengok cikgu penampilan baik. Cuma xxxl saja kan? Poi lah sama-sama jogging atau aerobic, kan lebih romantik,” Saranan aku kepadanya.
    “Mohon maaflah apa yang dah tercerita. Ese tidak berniat, ya. Bukan sebab  itu. Tapi penampilan awal dengan imej bertudung dan berjubah dulu-dulu. Dia tidak hormat ese, seolah-olah dia nak grab dan buang secara paksa. Ok...! Ok…! Dah tak mahu  ceritalah. Pedih hatilah,”  Yatimah cuba menamatkan cerita.
    “Cikgu. Ese ni banyak dengar cerita macam ini. Dia orang suka  cerita dengan ese. Mengapa ese tak tahu. Mengapa mereka suka meluahkan pengalamannya pada saya. Muka ese muka Shah Rukh Khan ke?,”  Saya sengaja buat lawak untuk mendamaikan perasaan  Yatimah.
    “Hahahaha... tidak  tau la pulak!  Ehemm. Pak Mad kena ingat siapa yang add siapa nooo!!!
    Ese ingat se add mula-mula  dulu. Dah Pak Mad tanya ese, ese  jawablah,” kata Yatimah.
    “Ok..ok..ok lah, times up, tak mahu cerita lagilah, sakit jiwa pulak.”
    “Ok...cikgu, I know your situation. Sabar! Semua ini ujian tuhan dan ada hikmah di sebaliknya. Jangan lupa fikirkan trademark bakery yang diangan-angankan. Tumpu itu dan berazam menjadikan seorang usahawan wanita berjaya sebelum usia 55 tahun. Itu lebih bermakna lagi,” ingatanku terhadap angan-angan Yatimah yang dinyatakan sebelum ini.
    “ Tak apalah. Ese sanggup tanggung seorang. Sudah 20 tahun dah. Angan-angan. InsyaAllah, moga Allah makbulkan dan  masin mulut Pak Mad tu ye... Amin ya karim!  Bagi  ese lah ya...orang yang seangkatan umur Pak Mad selalunya  sudah tak ada apa nak fikir, kira sudah settle kebanyakannya.  Ese ni  rumah  tak habis bayar lagi,” keluh Yatimah.
    “Ok,  maaf kan ese kerana jadi penyibuk hal orang. Sebab ese terasa ada sesuatu yang tak kena pada cikgu. Maafkan saya cikgu, menyentuh soal peribadi cikgu,” pintaku.
    “Itu yang ese musykil dengan orang macam dia. Memang dari dulu, ese suka settlekan masalah yang boleh dibuat sendiri. Walaupun nak ikutkan, suami yang lebih afdhal buat semua tu, tapi dah dia tak mahu nak buat, camno ? Walau dah disuruh, minta tolong cara baik, dan macam-macam lagi,” kata Yatimah selanjutnya.
    “Ok lah cikgu, solat asar. Lain kali boleh sambung,” aku cuba minta diri lagi.
    “Helooo! Belum lagi ye. Hah! Nak escape lah itu. Asar masuk lewat kan? Sekarang baru pukul berapa?” Yatimah mengingatkan waktu solat Asar.
    “Ada lagi. Kasihan cikgu. Ese tahu perasaan cikgu ketika ini. Ok lah nak  cerita, ceritalah. Ese dengar,”  kataku.
    “Tapi  kalau dah nak minta diri, terima kasih saja ese ucapkan, kerana sudi  memberi nasihat yg amat berguna,” balas Yatimah.
    “Cikgu  pernah tak luahkan perasaan ini pada orang lain sebelum ini? Seperti adik beradik cikgu atau emak cikgu,” tanyaku lagi kerana hendak jaga hatinya.
    “Jangan fikir lebih-lebih pula, ya. Nanti darah tinggi pulak. Agak-agak Pak Mad?,” Yatimah menyoal aku.
    “Tak kan? Orang itu sangka baik saja kan,” agakanku.
    “Setakat meluahkan, tapi  apa yang depa boleh buat ?”  Yatimah memberi  alasan menunjukkan dia tidak pernah bercerita kepada orang lain.
    “Sekurang-kurangnya, memberi tahu mereka. Agar  mereka tahu keadaan rumah tangga cikgu. Ada tak?” tanyaku mencari kepastian.
    “Ada, kerana ese tak boleh tanggung dah. Tapi tak ada siapa boleh nasihat dia,” terangnya.
    “Dah  tu apa dia orang  kata?” tanya aku lagi.
    “Tak ada siapa yang boleh nasihat dia. Oklah... sampai di sini dulu yo?.” Yatimah pula cuba menamatkan perbualan.
    “ Emak dia sendiri?” tanya aku seterusnya.
    “Poi lah bentang sejadah. Dah nak azan kut,”   Yatimah mengingatkan waktu Asar sudah hampir.
    “Hahahaha! yo lah. Lain kali kalau ada masa  kita sambung, tapi maafkan ese yo...,” pintaku lagi.
    “Maaflah! Kalau ese kata dia pernah marah mak dia  depan ese. Tapi  sampai akhir umur mak dia, masih urus hal-hal rumah tangga sendiri dalam usia 84 tahun,” Yatimah cuba bercerita lagi. “ Bila masuk masalah anak abang ese,  yang ese bela ini situasi akan jadi panas dan keruh.”
    “Jam sudah pukul  4:35  petang. Jom solat Asar,Assalamualaikum,” ajakku menamatkan perbualan hari itu.
    “Wassalam!” jawab Yatimah pendek.

Catatan.

Keluhan wanita ini  merupakan antara  dilema  ramai wanita di luar sana. Ketaatan insan bernama wanita  kepada suami mengatasi  penyiksaan perasaan jiwa dan naluri zahir dan batin. Ketaatan itu mestilah ikhlas kerana ia menjadi jalan seorang isteri ke syurga. Namun, jika tersiksa carilah jalan yang diredhai oleh Allah swt.

oleh: Mohammad Abd Ghani
Catat Ulasan