2013... Yang mana satu Faridah? |
Seronoknya, walaupun masih kecil dan montel
ketika itu, banyak juga dia tahu tentang aku rupa-rupanya. “Ayah dan Kak
Faridah selalu bercerita tentang cikgu sewaktu aku menghubunginya melalui
telefon.”
Sewaktu diminta jangan memberitahu kakaknya
bahawa aku akan memanggilnya, bagai lebih 30 tahun lalu, Faidzah akur.
Tanpa membuang masa, Faridah terus
dihubungi.
“Assalamualaikum! May I speak to Faridah, please,” dalam nada ceria.
“Siapa tu? Siapa tu?,” suara agak cemas
kedengaran di kejauhan.
“Boleh saya bercakap dengan Faridah?”
“Faridahlah yang bercakap ni,” suara acuh
tak acuh, kedengaran.
“Siapa sebenarnya yang bercakap ni?,” dia
pula bertanya cemas.
“Cuba teka!,” rentak pertanyaan sengaja diperlahankan.
Diam seketika.
“Saya beri masa lagi untuk meneka,” aku
mengusik seperti yang selalu aku lakukan dengan murid dan pelajarku yang lain dahulu.
“Cikgu ya?”
“Mungkin. Cikgu ramai. Agaknya Cikgu yang
mana?”
Sebaik-baik clue itu disahkan, Faridah yang kini sudah berusia 48 tahun
bagaikan terjerit tetapi terkawal.
Begitulah biasanya. Bekas murid dan
pelajarku dengan mudah mengecam bahawa itulah aku dengan hanya berdasarkan
suara.
“Pada hari baik, bulan baik ini saya mohon
maaf zahir batin.”
“Kami murid-murid yang sepatutnya minta
maaf Cikgu,” Faridah segera memintas dalam pelat Jawa Sabak Bernam yang masih
kuat tapi feelnya hambar.
“Cikgu juga buat silap. Mungkin sebahagian
waktu Cikgu patut berada di dalam kelas, beberapa minit dihabiskan di kantin
atau bilik guru. Kalau dijumlahkan minit-minit itu, besar juga jadinya
sedangkan waktu itu turut dibayar.”
“Cikgu okey dahulu,” masih dalam nada
hambar; tidak seperi yang kukenali dahulu – aktif, bertenaga, ceria dan sebut
apa sahaja kriteria murid yang baik, ada pada Faridah.
Walaupun serba sedikit aku tahu mengenai
perkembangan semasa Faridah melalui Faidzah, biarlah itu menjadi rahsia kami.
“Faridah! Mana Mazlan Mohamad, budak Bukit
Bangkong yang selalu bersaing dengan kamu dalam peperiksaan dahulu?”
“Tak tahu Cikgu.”
“Arman? Arman anak Mustakim yang pernah
tinggal bersebelahan rumah saya dahulu?”
“Saya juga tak tahu Cikgu.”
Kalaulah aku tidak mengenal keperibadian
Faridah secara mendalam, tentunya aku hentikan sahaja perbualan itu.
Kejutan yang aku harapkan terjadi, tidak
kesampaian.
“Maafkan saya Cikgu. Ada orang datang
Berhari Raya.”
Faham dengan isyarat itu, aku menamatkan perbualan.
Bagaimanapun dalam perjalanan ke kebun
keesokan paginya, aku menelefon Faridah kembali. Banyak benda yang ingin
dikongsikan, tidak dapat disampaikan.
Perbualan itu juga pendek. “Maaf Cikgu! Ada
orang datang ke rumah.”
Apa lagi dapat dilakukan? Setelah mematikan
enjin kereta, aku melangkah longlai menuju kebun.
2 ulasan:
Zulkifli Abu: Faidzah Gina Moiki! You memang keletah dulu. Manja jangan cerita! Terlanjur bercerita, boleh kongsi sikit tak? Faridah yang saya cari `semacam berduka' ketika dihubungi. Mengapa ya?
August 22 at 11:46pm · Like
Faidzah Gina Moiki: Kak faridah kata dia rasa sedih sbb cikgu sudi menghubungi dia.lgipun dia masih sedih kerana baru kehilangan abh.
Yesterday at 12:25am · Like
Faidzah Gina Moiki: Ada masa cikgu carilah kak faridah dia memang rindu ngan cikgu.cikgu maimon tpi x terucap
Yesterday at 12:27am · Like
Zulkifli Abu: Sebenarnya dua kali saya menelefonnya (selepas you berikan nombornya dan kali kedua keesokan harinya). Saya dapat merasakan bahawa dia `tidak selesa' dengan panggilan itu. Apatah lagi dalam keadaan suaminya yang uzur. Takut dikata mengganggu.
Yesterday at 12:32am · Like
Faidzah Gina Moiki: Memang suami dia tgh uzur sikit.msa cikgu call tu ada rmai tetamu dtg tu yg dia kelam kabut sikit.rumah dia sentiasa ada tetamu dtg menziarah suami dia.dia pun ada cite ngan sya x dpt borak lma ngan cikgu sbb ramai org kat rmh
Yesterday at 12:37am · Edited · Like
Zulkifli Abu: That's ok! Saya perlu menerima hakikat waktu telah jauh berlalu.
Yesterday at 12:38am · Like
Faidzah Gina Moiki: Memang masa telah mengubah segala2nya.tapi orgnya tetap tidak berubah.
Yesterday at 12:45am · Like
Zulkifli Abu: Insya-Allah. Seronok dapat berinteraksi dengan you Faidzah Gina Moiki. Ok ya, saya hendak kemaskini blog pula . Bye!
Yesterday at 12:51am · Like
kak faridah,kali terakhir saya bertemu dengannye ialah pada hari kembalinye abah saad di sisi maha pencipta.saya tiak sempat beborak panjang,maklumlah hari dh lewat malam ,saya terpaksa bertolak balik ke kuantan.kak faridah dan adiknye faidzah atau lebih mesra kami panggil ani amat berbeza perwatakan meraka.
Catat Ulasan