Khamis, 15 Ogos 2013

Monolog Satu Perjanjian

“Mimi  mula mengenali abang apabila  Mimi  terpandang pic beberapa pensyarah MPPM, diikuti dengan pic2 abang dengan GP MPPM, pada mulanya ia hanya pandangan dari mata, kemudian terus ke hati. Walaupun  Mimi langsung tidak mengenali abang, tetapi naluri  Mimi berkata dan merasakan sesuatu... Oh,  orang ini, Mimi  kenal.
      Apabila kerap melayan satu persatu pic2 tadi, tiba-tiba Mimi mempunyai rasa keyakinan bahawa orang yang Mimi  pandang adalah orang yang Mimi boleh letakkan kepercayaan sepenuhnya. Mungkin inilah perkenalan pertama Mimi, bak kata pepatah, "Dari mata turun ke hati. Pelik juga mengapa tidak dengan pensyarah lain yang Mimi kenali?  Mengapa dengan abang?
      Abang tidak perlu merasa zalim terhadap diri sendiri. Pada mulanya Mimi tiada niat untuk mengharapkan sesuatu yang di luar jangkaan. Kata-kata dan apa sahaja cadangan pemberian Mimi  adalah ikhlas. Sudah menjadi amalan Mimi  suka memberi kepada orang yang Mimi  rasa perlu Mimi  beri tanpa niat terselindung. Ikhlas, bukan mengharapkan pembalasan. Mimi rasa Facebook (FB) telah memberi peluang kepada  Mimi untuk berkenalan dengan orang luar termasuk rakan-rakan lain.  Mimi  jadi sangat gembira kerana sebelum ini  Mimi tiada kawan berbicara.
      Kemudian untuk menambah kegembiraan, Mimi  membeli  Blackberry (BB). Pada ketika itu Mimi  rasa sukar membawa  laptop. Dengan adanya BB, tanpa di sedari  Mimi load pic-pic abang. Juga, pada mulanya hanya suka-suka  sebagai pembakar semangat  Mimi  untuk melakukan tugas-tugas harian. Maklumlah abang pensyarah, pasti  Mimi  hormati walaupun Mimi  tak kenal mahupun abang tidak kenal Mimi. Tetapi setiap hari apabila BB yang berserta pic abang ada dalam genggaman tangan Mimi , Mimi lebih bersemangat, bermotivasi untuk lebih berusaha menjalankan tugas-tugas harian.  Mimi  rasa abang sentiasa ada disisi  Mimi. Ternyata tepat tindakan  Mimi. Tiada siapa yang mengajarnya. Berlaku secara spontan.
      Kini setiap apa tindakan Mimi, Mimi rasakan perlu mendapatkan restu abang, kerana pergerakan dan tindakan harian Mimi selalu dimulakan dengan BB  Mimi. Kemudian daripada situ, langkah yang dicipta sendiri, tiba-tiba Mimi semakin sayang dan sayang dan sayang terhadap abang.
      Sekiranya Mimi  siasat daripada  FB abang, Mimi pasti tidak akan terus begini, kerana Mimi  akan terluka  mengetahui  siapa abang. Tetapi  Mimi  mempunyai satu sikap lain daripada orang lain. Keyakinan menguasa diri Mimi. Mimi terus nekad, yakin bahawa orang ini pasti dapat memberi sinar harapan kepada Mimi, maka  Mimi akan mencari, menyusuri cahaya darinya. Jika gelap yang bakal menjelang, maka  Mimi  akan keluar dengan meninggalkannya, walaupun menggagau, meraba-raba dalam kegelapan.
      Setiap saat juga, Mimi merindui abang, walaubagaimana pun BB menjadi pengubat rindu Mimi. Benarkah abang sanggup menunggu  Mimi?  Sebelum ini, dua kejadian orang berjanji kepada Mimi, menjadikan Mimi tidak yakin dengan janji lelaki. Kata, tidak akan berkahwin sampai bila-bila  sekiranya  Mimi tolak lamaran mereka, kemudian tidak sampai dua bulan, tahu-tahu sudah  ada pengganti... kahwin dah.
      Abang, Mimi tidak mengharapkan balasan daripada abang.  Mimi juga bukan mahu bermegah-megah dengan apa yang  Mimi  perolehi. Semestinya,  Mimi  langsung tidak akan mengatakan abang mmendampingi  Mimi kerana kekayaan  Mimi. Bukan abang mencari  Mimi, sebaliknya, Mimi yang mengekori abang. Betul tak? Pernah ke Mimi  menuntut balasan daripada abang? Mimi hanya ingin berkongsi apa yang  Mimi  miliki dengan abang. Mana tahu mungkin abang dapat menerimanya satu hari nanti. Dan menjadi milik abang juga…….. “
“LOVES make a lot of promises
If you only know
What I've been going through
Waiting and wanting you
Could this be LOVE
How tell me, How will I know
Will my heart make believe it so
Can I trust the way I feel
If you could read my mind
You see how hard I try
Still I can't decide.”
      “Abang, I already made PROMISE to myself ... to LOVE.... only YOU. I could fall in LOVE with you. BUT, ... I could loose my heart tonite, if you turn around.
      “ Terima kasih,  kerana abang menyayangi  Mimi. Boleh bertahan lamakah kasih sayang abang terhadap Mimi, dengan alasan kasihan sahaja? Mimi memang meletakkan kepercayaan terhadap abang dan secara tidak langsung Mimi telah menceritakan hal perbadi Mimi, yang tersimpan lama kepada  abang sahaja. Mengapa? Tanda cinta, sayang dan kasih Mimi kepada abang.”
      Demikian satu monolog perjanjian insan baik  yang bernama Mimi Khirlina yang tidak yakin dengan kata lelaki. “Kata, tidak akan berkahwin sampai bila-bila  sekiranya  Mimi tolak lamaran mereka, tetapi tidak sampai dua bulan, tahu-tahu sudah  ada pengganti... kahwin dah.
      Namun, bolehkah, dipegang perjanjian Mimi? Adakah kita yakin dengan janji Mimi? Janji pasti membawa akibat, ditelan pahit dibuang sayang. Semua janji tetap diingati. Aku tidak menuntut, cuma menanti  Mimi menunaikan janjinya.

Oleh: Mohamad Abd Ghani

Tiada ulasan: