Aku memulakan topik baharu. Mententeramkan emosi Yatimah yang
tambah memuncak.
“Cikgu, ese
pernah terjumpa seorang isteri hempas-pulas cari duit siang malam… suami tak
bekerja… semua isteri tanggung. Emak mentua angkat pun isteri
tanggung. Lagi dahsyat cikgu. Cikgu, bersyukur lah dengan apo yang ada. Ese
memang sedih tengok orang macam itu,” mula perbualan aku.
“Ok, terimo kasih lah. Tapi masalahnya dia
bukan tidak kerja dan tidak bergaji. Cuma, dia merasakan ese
ini menjadi beban kepada dia. Walhal
ese tak pernah minta untuk diberi nafkah
walau pun ia wajib. Ese pernah cakap dan cuba pakat, tapi nampaknya dia
ambil kesempatan. Ada masalah sampingan
lain, yang membuat ese tawar hati.” Yatimah
kata lagi. “ Maaf terpaksa cerita.” Sambung Yatimah lagi, “ Ye betul tu..Seh tak
minta tapi cuma minta dia faham tugas
dan kewajipan, itu saja,” sambung Yatimah.
“Contohnya,
ese lah. Ese kerja seorang, isteri tak kerja. Orang makan gaji, habis bulan
habis lah kan.Tapi ese rasa bahagia, asalkan jangan meminta dengan orang lain.
Syukur Alhamdulillah,” aku menyejukkan hati Yatimah.
“Selama
ni... seh buat macam yang Pak Mad cerita,
kisah perempuan itu. Ese berjual
apo dapat, untuk besarkan anak-anak masa kecik dan tukar sekolah… sebab jauh
katanya,” terang Yatimah.
“Kita ukur
badan pada diri sendiri. Jangan besar pasak dari tiang... hahaha!,” aku ketawa.
“Tapi dia
sendiri tidak menunjukkan perubahan,”
kata Yatimah.
“Cikgu, pilihan
sendiri ke dulu… atau pilihan orang tua... jodoh cikgu itu,” tanyaku terus-terang.
“Pilihan
orang tua... tapi keluarga ese ingat dia keluarga biasa, sebab sorong basikal maso itu. Sebenarnya, kereta dia
habis accident, itu yang sorong basikal,” terang Yatimah lagi.
“Keluarga
tidak tahu, dia family terhormat. If tahu awal-awal memang tak jadi. Ye
lah ese tak tolak jodoh, cuma yang penting tahu tugas dan tangggungjawab,” Yatimah
meluahkan lagi perasaan berbau kesal.
“Cikgu, dia
bukan tak sedar dengan tanggungjawab, tapi kadang-kadang mungkin kegemaran
mengatasi tanggungjawab. Macam orang berjudi atau seumpama kaki perempuan, ke,”
kataku lagi.
“Ese, nak
tanya Pak Mad… tergamakkah seorang suami
biarkan isteri ke pasar sedang dia perhati isteri itu dari satu corner, tanpa rasa bersalah sang isteri
duk berselisih dengan ramai dan berasak-asak dalam pasar, tolak troly penuh barang ke kaunter dan tinggalkan
isteri dan troli tanpa menghulurkan bantuan kewangan,” luahan hati Yatimah. “ Puas
ese ingatkan dia, dalam nada bergurau, tapi tiada respons nampaknya,”
“Cikgu, ese
mengaku… ese pun gitu... ese tak pernah pergi pasar atau beli barang dapur. Bahkan ese
tunggu dalam kereta sahaja. Kalau ese pergi pasar…
ese tunjuk satu kilo ikan kembung sahaja
dan balik. Jadi ese pun macam, suami cikgu juga. Bezanya, semua kewangan dari ese,”
kataku terus terang.
“Hah..adooo
pengikutnya rupanyooo..patutlah dia
pertahankan diri dia. Tapi itu pun sudah bagus. I don't mind Pak Mad, kalau ese buat A-Z... janji dia beri fulus! Tapi ini, sendiri nak makan, sendiri cari duit, sendiri pandai-pandailah.
Nak hidup,” kata Yatimah.
“Tapi ...
kalau berat sangat kasihan tengok... tolong jugak... tapi kalau satu kilogram
ikan kembung, tidak akan angkat berdua,
kan? Hahaha…!” aku ketawa.
“Nasib baik,
emak ajar susah sebelum senang,” kata Yatimah.
“Cikgu, ada
hikmah nya di akhirat nanti cikgu,” kataku menyejukkan hati Yatimah.
“Yes… memang benar tapi ese nak dia sedar
apa tugas dia. Bukan pandai berkata-kata saja. Atau bijak menutur bicara buat semua
orang boleh terpegun dibuatnya. Ese tak
nafikan. PR dia sungguh baik,” tambah
Yatimah lagi.
Topik itu
terputus di situ. Aku telah menimbulkan satu persoalan lain yang mungkin
sensitif. Tetapi Yatimah berterus-terang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan