Halaman

Sabtu, 10 Ogos 2013

Anak Emak

Tanggal 6 Ogos 2013, jam di dinding menunjukkan 4.00 pagi. Pada skrin komputer terkelip cahaya merah  menunjukkan Lizawati masih dalam talian bersama komputernya. 
     “Cikguu…,”  tegur Lizawati tiba-tiba. 
     “Salam. Tak tidur lagi ke?,” tanyaku selepas menjawab salam. 
     “Tidur. Tapi pukul tiga sudah  terjaga. Akhirnya, saya duduk buat assignment sintaksis. He…he… he ,” jawab  Lizawati. 
     “Mengapa? Nak raya ye,” tanyaku lagi. 
     “Dapatlah buat separuh. Dah berhenti sakit kepala.. selsema pulak. Bukan sebab nak raya tapi susah hatilah. Assignment nak  hantar,” jelas Lizawati. 
     “Susah hati atau patah hati,” cungkilku. 
     “Kih… kih…kih (ketawa). Dua-dua,” jawab Lizawati dalam ketawa. 
     “Tak. Satu jer,” kata aku lagi. 
     “Semalam dah patah pinggang kemas rumah arwah emak. Susah hati bercampur dengan sedih hati. Tak habis kemas pun, tak larat. Tunggu hujung tahun pulak. Habis saya jualkan peti ais lama, mesin kelapa, mesin jahit. Banyak benar  barang tak terpakai. Orang tua kalau kita buang dia pergi pungut balik. Kebetulan budak India beli besi buruk lalu, itu yang  jual. Duit buat upah anak-anak buah tolong semalam,”  Lizawati melaporkan tugas terhadap rumah pusaka peninggalan arwah emaknya. 
     “Patah pinggang ok lagi. Jangan patah tengkok,” usikku.
     “Ha…ha… ( ketawa). Saya terfikir semalam, alangkah bagusnya kalau semua adik-beradik ramai-ramai bersihkan rumah pusaka itu. Tapi tak apalah. Hendak buat macam mana. Ada atau tidak ada mereka sama sahaja,”  keluh Lizawati bercampur kesal.
     “Mengapa adik beradik tak kerjasama. Ada  apa-apa masalah  dulu-dulu,” cungkilku.
     “Tak ada masalah pun,” Lizawati berhelah cuba sembunyi masalah. “Memang macam itu perangainya. Yang seorang sentiasa dengar cakap bini saja. Abang yang Perak itu…,” jelasnya.
     “Berebut harta pusaka kah?” tanyaku  bagi mencungkil masalahnya.
     “Seorang lagi  yang perempuan itu bagi alasan malas nak kemas rumah emak. Kalau sudah kemas baru dia balik. Sakitnya hati,” Lizawati meluahkan perasaannya.
     “Banyak orang cakap. Orang lelaki jangan kahwin  orang Perak. Nanti tak balik,” usik ku lagi.
     “Nak berebut apa. Bukan orang kaya pun,” balasnya.
     “Kadang-kadang yang sikit jadi rebutan... jadi masalah besar,” kataku.
     “Rumah tu memang mak ayah bagi kat saya. Saya kan yang bongsu. Tapi adalah jugak yang berbunyi. Alasan dia bagi duit kat mak ayah. Dok baiki rumah ke. Tapi mak cakap siapa-siapa pun boleh duduk. Kalau rumah nak berebut, ambillah. Saya tak kisah. Mati pun tinggal juga rumah. Tak bawa masuk kubur pun kan? Adik beradik kakak ipar saya tu semua perempuan. Lepas tu yang saya perhatikanlah, abang-.abang ipar dia semua macam orang bodoh je. Dengar cakap bini. Pelik!
     Termasuk abang saya tu. Tak berkenan,” terang Lizawati panjang lebar.
     “Ha! Ha! Ha! Kena nasi kangkang ke?,” usikku.
     “Tak tahulah. Tapi masa ayah baru meninggal dulu, cepat-cepat dia ajak abang pindah Perak. Asalnya duduk KL. Puaslah emak merayu. Nanti susah nak balik. Memang betul pun tak balik. Semuanya terbongkar masa kami pergi menunaikan haji. Kakak ipar telah minta maaf dekat kakak yang duduk  dekat KL itu,” kata Lizawati lagi.
     “Apa yang terbongkar? Ketika di tanah  suci,” tanya aku lagi.
     “Dia cakap, dia sengaja ajak pindah sana sebab tidak hendak beri abang selalu balik ke Melaka. Kejam atau  tidak,” kata Lizawati seterusnya.
     “Kakak duduk di Perak, dekat mana? Kerja apa,” tanyaku lagi.
     “Pada hal abang itu bekas pelajar  sekolah agama. Tidak mungkin tidak tahu tanggungjawab anak lelaki walaupun sudah kawin kan? Dia buka spa dekat Manjung, yang hidup segan mati tak mahu. Ha... ha…,”  leter Lizawati.
     “Mula-mula dulu susah. Tapi yang abang ini punyalah sayangkan bini sanggup berhenti kerja,”  sambung Lizawati lagi.
     “Dulu kerja apa?” aku ulang pertanyaanku lagi.
     “Abang dulu kerja BSN, lepas berhenti itu kerja Maxis,” terang Lizawati seterusnya.
     “Akhirnya, tidak kerja, lama juga. Bertahun-tahun juga. Dok pinjam duit saja. Padan muka,” kata Lizawati geram.
    “Jangan doa dan niat tidak baik. Doakan yang baik-baik,” nasihatku.
     “Dulu gaji sudah besar, lima hingga enam ribu sebulan. Apabila sudah berhenti apa hendak duitkan. Sampaikan balik ke Melaka, emak dengan abang yang seorang lagi itu beri duit minyak. Malas nak cakap lebih-lebih. Lantak dialah, cikgu. Cuma terkilan sangat-sangat perangai dia itu. Bila saya cakap nanti, kata saya kurang ajar. Saya ini hanya memerhati sajalah,” kata Lizawati geram.
     “Jangan kata begitu. Kita tak tahu nasib kita lagi akan datang. Kita syukur dengan apa yang kita ada tetapi jangan niat tak baik pada orang lain,” ingatanku kepadanya.
     “Masa mak ada, sayalah kawan baik emak. Sentiasa simpan segala rahsia. Geran-geran, barang kemas semua ada dekat saya. Geram, cikgu. Tapi tak apalah, Allah dengar apa yang kita doakan
     Hari ini dia buat emak begitu,” terang Lizawati, anak emak yang disayangi.
     “Itu lah silapnya emak. Jangan berahsia dengan anak-anak,” kataku.
     “Tapi ingat dia ada anak-anak juga. Kami bukan ada rahsia apa-apa pun. Cuma emak  terkilan saja,dengan sikap dia orang itu. Saya dulu ada juga bertengkar dengan suami. Ya lah bukan apa sangat, dia hendak bila balik kerja, bini mesti ada dekat rumah. Ketika itu saya kejap-kejap pergi rumah emak. Hari-hari pergi rumah emak. Dia berbunyi juga pasal minyak kereta. Saya pun cakap, saya bekerja, duit minyak duit saya. Ketika itu emak saya seorang sahaja. Seorang diri tak ada laki sudah. Masa dia hidup inilah, saya hendak berbakti. Esok bila sudah tak ada, saya duduk mengadap muka  laki saja. Hendak bawa saya pergi  mana-mana pun saya ikut. Ha! Ha! Bukankah sudah betul sekarang?,” kata Lizawati panjang lebar.
     “Ingat! Syurga  isteri dekat laki. Anak lelaki dekat ibu,” pesanku lagi.
     “Tahu,” jawab Lizawati.
     ”Saya tak menghalang dia kalau hendak balik rumah dia. Cuma  hari raya memang saya nak dekat sini dulu sebelah pagi. Mak ada atau  tidak ada, saya tetap dekat sini. He! He!,” kata Lizawati tegas.
     “Mak dah tak ada. Anak hanya doakan emak; di mana-mana boleh,” kataku.
     “ Saya memang  sentiasa berdoa. Tapi saya tetap juga nak tengok kubur emak dekat kampung. Kalau masa emak ada hari-hari balik kampung. Kini emak sudah tidak ada, namun dua hari sekali saya pergi kubur emak. Tak boleh kalau tak pergi, rasa rindu sangat dan susah hati,” keluh Lizawati.
     “Mengapa sampai begitu? Bacakan dan sedekahkan al-Fatihah untuk ibu di mana-mana boleh. Sambil memandu dalam kereka pun ok,” ingatan ku.
     “Dulu ke mana-mana saja saya pasti dengan mak. Dulu masa kecil, empat tahun saya menyusu. Tak pernah berenggang, sampai kahwin. Ketika di maktab, seminggu tiga kali saya balik ke kampung,” kata Lizawati.
     “Masa emak masih ada dengan emak sudah tiada tentu tak sama,” kataku.
     Sampaikan pergi haji pun mak bawa saya juga. Memang tak sama. Sunyi sangat,” keluh Lizawati.
     “Ooohh Hajah! Tak tahu pula...,”  sampukku untuk mengubah topik perbincangan.
     “Masa emak sakit di hospital dulu, emak tak mahu orang lain jaga. Emak hendak saya sahaja. Hari-hari cikgu, saya dekat Hospital Melaka itu. Dari selepas subuh sampai maghrib,” kata Lizawati lagi.
     “Dah azan sayang. Jom solat subuh,” pintaku untuk menamatkan perbuatan.
     “Ok, jom,”  jawab Lizawati  ringkas.
     “Nanti kita sambung cerita lagi, ” kataku.
     “Ok, ” jawabnya.
     “Salam Hajah. Ha! Ha! Ha!,” ketawaku.
     “Perlilah  tu. Rezeki cikgu. Lagi pun memang emak berniat hendak bawa saya ke Mekah, sebab dulu saya sekolah Arab,” kata Lizawati.
     Akhirnya suara Lizawati hilang. Cahaya merah di skrin komputer juga hilang.

Oleh: Mohamad Abd Ghani
Catat Ulasan