Faridah memakai topi (duduk dua dari kanan). Faridah kini sudah 48 tahun (Foto tahun 1975) |
Faidzah Gina Moiki Assalamualaikum
cikgu! Nasib letak gambar lama. Kalau x mungkin x kenal. Cikgu apa khabar?
Sihat?
Zulkifli Abu Alhamdulillah! Kerja di mana sekarang?
Faidzah Gina Moiki Saya
duduk dekat Meru, Kelang. Dah penat kerja. Nak berehat. Bilalah dapat jumpa
cikgu lagikan? Banyak kenangan dengan cikgu masa dulu bersama arwah abah, Saad.
Zulkifli Abu You Faridah atau adiknya? Saya lama dah
cari Faridah, salah seorang budak cerdik Jengka 4. Kalau di Meru, senanglah
kalau nak jumpa. Saya selalu juga ke Setia Mall. Anak saya belajar di UiTM
Puncak Alam.
Faidzah Gina Moiki Setia Mall
dekat dengan rumah. Kalau datang sini telefon. Nombor saya 019…..345
Sebaik-baik
mendapat nombor itu aku terus membuat panggilan.
Zulkifli Abu Assalamualaikum!
Boleh saya bercakap dengan Faidzah?
Zulkifli Abu Saya Zul. Cikgu
Zulkifli Abu.
Faidzah Gina Moiki Cikgu…!
(menjerit kegembiraan dalam suasana terkejut). Baru saya tuliskan nombor
telefon saya di Facebook, cikgu dah buat pangilan.
Zulkifli Abu Kebetulan saya
ada depan komputer. You masih tak
jawab soalan saya tapi terus memberi nombor telefon. Saya tak tak tahu sama ada
ini Faidzah atau Faridah (merujuk kakaknya yang sudah lama dicari).
Dalam
perbualan yang agak panjang, Faidzah dengan ramah terus bercerita mengenai
keluarganya sejak aku meninggalkan Felda Jengka 4 kira-kira 35 tahun yang lalu.
“Cikgu tahu tak, ayah sudah meninggal
baru-baru ni,” tanya Faidzah.
Aku menjelaskan banyak yang aku tahu
mengenai petempatan Felda itu walaupun sudah lama meninggalkannya. Teknologi
maklumat telah mendekatkan semuanya.
“Itu pasal cikgu letak gambar lama dalam
Facebook. Kalau tidak, saya tak kenal juga,” jelas Faidzah.
“Keluarga kami memang anggap cikgu macam
keluarga kami sendiri. Walaupun saya dalam tahun satu sewaktu cikgu
meninggalkan Jengka 4 tapi ayah dan kakak selalu bercerita mengenai cikgu,”
Faidzah bagai tidak mahu memberi ruang untuk aku bertanya, terus bercerita.
“Sayalah budak yang selalu ada atas
motosikal ayah. Kan emak saya sudah meninggal ketika itu,”
sambungnya lagi menyebabkan sesekali aku sukar mencelah.
“Baru malam tadi saya bercakap dengan Kak
Faridah mengenai cikgu. Tiba-tiba cikgu pula buat panggilan. Gembiranya,”
katanya yang tidak dapat lagi menyembunyikan perasaannya.
“Beri saya nombor Faridah. Jangan beritahu
dia sebelum saya membuat panggilan,” pintaku.
Setelah meminta Faidzah menyampaikan salam
Aidilfitri kepada suaminya, aku menamatkan perbualan untuk menanti sms nombor
Faridah. Faridah, antara murid paling cemerlang daripada segi akademik dan
sahsiah di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jengka 4 ketika itu. Lama sudah aku mahu
mengetahui perkembangannya di samping rakan sekelas, Arman Mustakim dan Mazlan.
1 ulasan:
35 tahun bukan tempoh yang pendek. Alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan ingatan hinggakan kisah-kisah di Felda Jengka 4 berlaku semalam. Adalah diharapkan bekas murid-murid saya dan rakan sejawatan yang pernah bersama, mencatatkan sesuatu di ruang komen ini untuk berkongsi cerita. Terima kasih didahulukan.
Catat Ulasan