Rabu, 21 Ogos 2013

Dato' Shahaniza: Aku Sudah Lama Merindui...

Antara tanda orang berbudi: Sepatutnya duduk tetapi berdiri...
Baca kisah-kisah menarik di Jengka 4 di www.ceritaapaapasaja.blogspot.com Antara kisah menarik ialah Malam `Gelek Bersama M. Dau Kilau!'
Haminn Hann Khalib Cikgu, masa era ni, berbagai artis yang datang ke jengka 4,seperti samsudin lamin,m daud kilau,uji rashid, dan ramai lagi..mereka sudi bermalam di ru ah peneroka-peneroka pada ketika itu,walau mandi air paip tepi jalan..
Zulkifli Abu Betul. Kalau artis-artis yang disebutkan itu, sayalah tauke wayangnya dengan Guru Besar, Allahyarham Cikgu Awang Chik Bidin.
Dato' Shahaniza Shamsuddin Saya telah baca beberapa artikel di blog ni..saya terpesona..
August 13 at 1:03pm via mobile · Like · 1
Zulkifli Abu Dato' Shahaniza Shamsuddin. Terima kasih Dato'! Sewaktu di sekolah rendah, Dato' bersekolah di Jengka 4 atau Kuala Sentul? Walaupun tinggal di Jengka 4, saya selalu juga ke Kuala Sentul - ziarah rakan-rakan seperti Cikgu Hassan. Waktu itu Cikgu Omar Azman juga mengajar di situ. Dia juga pemberita sambilan Berita Harian.
Haminn Hann Khalib Setelah saya hayati cerita cikgu, baru saya tahu cikgu lah pelopor kemeriahan di kampung kami jengka 4,pada masa itu..
Zulkifli Abu Tak juga begitu. Siapalah saya ketika itu. By the way saya suka Haminn Hann Khalib kerana telah menyahut permintaan saya supaya anak Jengka 4 dapat berhubung kembali walaupun secara maya.
Dato' Shahaniza Shamsuddin Cikgu Zulkifli Abu.. (boleh ke saya turut panggil begini? )..sekolah rendah saya di SK Sekara Chenor.. ayah ngajar di situ.. tpi zaman kanak2 saya, saya kerap ke j4.. ramai sedara mara saya.. rumah yg kerap dikunjungi rumah moyang saudara saya.. arwah hj mahusin rumah no 1 tu.. lps tu rumah nenek sedara saya arwah hajjah sulung suaminya arwah hj hassan tokey kerbau,dan makteh rokiah di blok A..
August 13 at 4:05pm via mobile · Like · 1
Zulkifli Abu Boleh. Saya boleh ingat kembali siapa Haji Mahusin dan Allahyarham Haji Hassan. Alhamdulillah. Walaupun menuju 60, Disember ini, saya dianugerahkan ingatan yang kuat. Ini mungkin kerana gaya berfikir saya secara visual. BTW terima kasih banyak kerana sudi berinteraksi. Di Seremban saya rapat dengan ADUN dan kepimpinan negeri (Tan Sri Isa dan Dato' Mohamad Hasan).

Saya tidak pernah berjumpa secara in-person dengannya malah inilah interaksi pertama sewaktu berhasrat `mencari kembali’ bekas murid di Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 4, di bulan pemupuk kasih dan tunduk bermaafan ini. Tentunya juga kedudukan geografi dan period yang berbeza; Kuala Sentul-Seremban; 1974-1978; 2013, tidak memungkinkan kami berpandang mata.
     Dengan bantuan Mr. Google serba sedikit saya dapat tahu latar diri ADUN muda N25 ini yang telah diberi kepercayaan sekali lagi dalam PRU Ke13 baru-baru ini.
     Catatan ini menarik perhatian saya sewaktu menjenguk laman web Barisan Nasional. 
Seorang yang rajin membaca, YB Dato’ Shahaniza amat mengkagumi novel Tenggelamnya Kapal Van De Wijck yang ditulis oleh Hamka. Beliau menyifatkan corak serta gaya penulisan Hamka sangat memberikan kesan yang sangat dramatik... 
   ...YB Dato’ Shahaniza menggunakan sepenuhnya potensi media baru seperti Facebook, Twitter dan blog. Beliau suka menggunakan laman Facebook dan Twitter sebagai medium komunikasi antara beliau dan pengundi-pengundi DUN Kuala Sentul. Dengan media sosial, beliau mampu berinteraksi secara terus dengan orang ramai di samping dapat membetulkan persepsi yang salah tentang imej dan peranan beliau sebagai wakil rakyat.
     Dato’ Shahaniza! Izinkan saya mengungkapkan apa yang ada di hati: “Dato’! Lama sudah kurindu insan politik yang sebegini...”

Nota: Dato’ Seri Najib Razak tentu tidak akan gugur rambutnya sekiranya semua wakil rakyat UMNO begini.

1 ulasan:

ceritaapaapasaja berkata...

Syabas Dato' Shahaniza! Teruskan sifat mesra rakyat. Tanpa rakyat, tiada Wakil Rakyat!