Sewaktu melihat anak-anak jemaah yang masih bersekolah rendah itu khusyuk sekali belajar mengikat serban sesama sendiri, aku lantas terpandang lebih lima helai serban di dalam almari pakaianku.
Entahlah! Semacam perasaan kudus tertasdik di hati apabila melihat anak-anak itu riang bergurau sopan sesama mereka. Lalu, tercetus hasrat untuk menghadiahkan lima helai serban kepada lima kanak-kanak itu.
Aku rajin membeli serban sewaktu menunaikan lima siri umrahku tetapi cuma memakainya sekali-sekala, itupun sekembalinya dari menunaikan fardu Haji pada tahun 1991 yang lalu.
Sewaktu ditugaskan untuk mengambil juadah makan tengah hari di rumahnya oleh Amir Sab, aku mengambil kesempatan untuk singgah di rumah untuk mengambil serban berkenaan. Kebetulan, rumah Amir Sab dan rumahku tidak berjauhan walaupun nama taman perumahan berbeza. Aku di Taman Pinggiran Golf dan dia di Taman Paroi Jaya. Untuk mengelak rasa tidak selesa nanti, aku sengaja mengajak sama anak Amir Sab yang juga Tok Guru Mengajiku.
Entah bagaimana, Tok Guruku terlihat beberapa koleksi CD dan DVDku di bahagian atas papan pemuka kereta Toyota RAV4ku lalu dia meminta kebenaran untuk memainkannya. Tanpa niat apa-apa, aku membiarkannya sahaja hasrat Tok Guruku yang kujangka berusia sekitar 13 tahun itu.
Fashion. Itu DVD pilihannya. Filem lakonan Priyanka Chopra yang turut memaparkan adegan-adegan yang tidak sewajarnya dilihat oleh kanak-kanak seusia itu. Filem ini mengisahkan kehidupan dunia peragawati.
Mungkin kerana di rumahnya tidak ada televisyen dan dihantar pula oleh ayahnya ke Sekolah Tahfiz, Tok Guruku bagaikan terpaku pada skrin di papan pemuka.
Dia meminta kebenaran supaya aku tidak mematikan enjin kereta sewaktu turun untuk mengambil serban.
“Sudah!,” fikir benakku tapi aku tidak sampai hati untuk tidak menunaikan hajatnya. Lebih merisaukan tanda kuning sudah kelihatan pada papan pemuka, tanda minyak berada pada tahap simpanan.
Dengan pantas aku membuka kunci pintu rumah dan berlari ke tingkat atas. Sambil serban berada di tangan, aku segera turun dan menuju kereta kembali.
“Haji. Tidak perlu singgah di rumah. Saya sendiri akan membawa makanan itu,” tiba-tiba Amir Sab menelefonku. Katanya urusannya di Putrajaya, selesai awal.
Tanpa bertangguh, aku kembali ke pusat perkumpulan jemaah iaitu di Surau Taman Dato’ Wan.
Sesampai di sana, Tok Guruku membuat permintaan yang sama – jangan matikan enjin kereta sambil jari-jemarinya laju memain balik beberapa adegan yang digemari.
Aku bagaikan tidak terpandang adegan-adegan itu dan rasa berdosa yang amat sangat menerjah dada.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan