Halaman

Isnin, 22 Ogos 2011

TIP 9: FACEBOOK DAN BLOG SEBAGAI MEDAN LATIHAN

Siti Adibah sempat mengemaskini blognya sebelum mandi pagi
Buku ini boleh banyak membantu. Beli di ujana ilmu

SEWAKTU ditanya kenapa tidak menghantar karya lagi walaupun beberapa kali telah berjanji, beberapa rakan tetap menggunakan alasan berasaskan mitos yang dibina dan diperkukuh sendiri, “Aku tiada idea.”
     Idea itu apa?
     Hairan? Walaupun perkataan `idea’ itu mudah disebut, tapi apabila mahu mencari maknanya, Mr. Google dan Mr. Yahoopun tidak dapat memberikannya secara khusus. Bagaimanapun penjelasan ini boleh membantu.
     In philosophy, the term idea is common to all languages and periods. Idea has been used as a term with many different shades of meaning. One historical view is that ideas exist in a realm separate or distinct from our everyday real life. This historical view states that we discover ideas in the same way that we discover the real world.
     Plato asserted that there is realm of Forms or Ideas, which exist independently of anyone who may have thought of these ideas. Material things are "imperfect and transient reflections or instantiations of the perfect and unchanging ideas".
     Hume's "idea" is a vague mental reconstruction of perceptions with the perceptual process being described as an impression.
     Locke defines "idea" as whatever is the object of understanding when a man thinks. (http://www.eslincanada.com)
     Lalu, Kamus Besar Bahasa Melayu (Zainal Abidin Safarwan, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, 1995) menjadi penyelamat lagi. Dalam bahasa mudahnya idea itu adalah buah fikiran, konsep, tanggapan, rancangan yang tersusun dalam fikiran (hal.651).
     Kata Locke pula boleh diterjemah begini, “idea itu ialah sesuatu objek yang difahami sewaktu manusia berfikir.”
     Jadi, tidak adakah sesuatu buah fikir yang boleh dikongsi melalui cerita? Telah habiskah cerita sehingga tidak mampu lagi untuk bercerita?
     Mari kita bersama-sama bercakap mengenai konsep proses kreatif. Buku Mawar Safei dan Nisah Haron, Bagaimana Saya Menulis : Proses Penciptaan Cerpen 
boleh membantu.
     O.K! Berbalik kepada persoalan bagaimana Facebook (FB) dan Blog boleh membantu bakal penulis, ia (Internet Sebagai Wahana Pembangunan Minda) telah saya sampaikan sewaktu Pesta Buku Negeri Sembilan baru-baru ini.
     Saya telah mengambil perkhidmatan jaringan sosial (Facebook dan Blogger) sebagai bahan kajian kes.
     Menurut penelitian saya, pengguna FB tidak berkecenderungan untuk bercakap hal-hal yang berkaitan dengan Higher-Order-Thinking (HOT). Mereka menghabiskan sebahagian besar waktu untuk bercakap hal yang remeh-temeh (… comments on … photo dan lain-lain. * bukan tidak boleh langsung bercakap mengenai hal begini tapi kadarnya perlu dikurangkan).
     Dalam usaha menajam buah fikir, minda kita setiap masa perlu `diasah’. Sebagaimana iman perlu dibangunkan secara sedar, idea akan terjana sendiri melalui disiplin harian yang bukan sukar pula untuk dilaksanakan.
Caranya, kita manfaatkan FB dengan sesuatu cetusan idea, rakan FB yang lain akan menyambut melalui komen (ini proses penjanaan idea namanya). Saya ambil contoh sebenar. Murid saya ketika di TBS dulu (Izza Noreeza) telah menulis begini semalam.
“Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
     Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.”
     Begitu juga seorang lagi bekas murid saya, juga di TBS dulu (Intan Leez Diamond) yang menulis cukup indah “kadang-kadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia...”
     Bukankah idea asas ini boleh dijadikan cerita? Sebenarnya setiap hari kita boleh menulis cerita. Sekiranya tidak mampu lagi menulis yang panjang-panjang seperti cerpen dan novel, kenapa tidak anekdot (jenguk ceritaapaapasaja.blogspot.com).
     Mengenai disiplin menulis ini, biar saya ambil contoh di depan mata saya sendiri (tidak sesekali bertujuan untuk membentuk kroni). Anak bongsu saya, Siti Adibah turut mendaftar sebagai pengguna FB (mulanya dia marah kerana permohonannya tidak diterima apabila dia mencatatkan tarikh lahirnya 15 November 2003. Memangpun, FB untuk pengguna berumur lebih 18 tahun. Tapi… FB fleksibel, tarikh lahirnya ditukar secara automatik untuk menaikkan umurnya menjadi 18 tahun).
     Saya tidak menegurnya sekiranya dia mengadap komputer (sebetulnya di ruang tamu saya ada dua desktop-computer dan TV yang boleh membuat capaian internet; di samping dua notebook dan satu netbook yang diguna ayah dan ibunya) untuk bertukar fikiran; bukan sahaja dengan rakan sebayanya malah dengan guru-gurunya.
     Dia juga belajar mengarang melalui blognya (mystoryandmystyle.blogspot.com). Hanya sesekali saya menjenguknya menulis dan memberi rangsangan. Oleh kerana blognya turut menggunakan bahasa Inggeris, Siti Adibah sesekali kedengaran bertanya ibunya mengenai penggunaan bahasa (kebetulan ibunya calon PhD bidang bahasa Inggeris).
     Begitu juga anak kedua saya, Siti Atiqah. Saya tahu dia cukup terganggu kerana tidak dapat mengemaskini blognya (whenagirlstartstospeak.blogspot.com) di sekolah (MRSM Gemencheh) tapi akan `bagai singa lapar’ apabila balik bercuti di rumah.
     Anak sulung, Siti Haryati yang telah menjadi ibu sejak kira-kira dua bulan lalu memang memanfaatkan disiplin ilmunya (Kreatif Multimedia dari Universiti Multimedia) melalui blognya http://phattgurll.blogspot.com/
    Apa yang ingin ditegaskan di sini, melalui blog kita boleh menjana minda dengan perkara-perkara yang lebih serius lagi. Contohnya dengan mengulas bahan yang kita baca.
     Melalui penelitian saya, pengunjung blog `kedekut’ untuk meninggalkan komen atau ulasan walhal ini antara medan latihan untuk menajam penulisan. Tidak bolehkah kita mengubah kebiasaan ini? 
     Akhir kata, mari kita manfaatkan FB dan blog untuk faedah diri. Mari kita tajamkan minda dan hasilkan cerita. Bukankah bahasa itu alat pengucapan pemikiran dan perasaan?*
     Jumpa lagi!
     *Noam Chomsky
     
Catat Ulasan