Selasa, 9 Ogos 2011

Puteri Terjunan Sungai

Al kisah pada zaman dahulu ado sebuah daerah yang mano rajo eh mempunyai seorang puteri yang cantik. Ramai yang tergilo-gilo kek puteri tu. Oleh kerana ramai yang bekonan, maka rajo buek pengumuman.
    “Sesiapa yang paling berani baru boleh nikah dengan anak beta. Caro eh! Pada hujung minggu ini, siapa yang dapek menyeborang sebatang sungai yang ponoh dengan buaya alligator sampai ko soborang sano, diolah yang akan nikah dengan tuan puteri beta.”
    Maka tepat pada tarikh dan waktu eh, berduyun-duyunlah rakyat berdiri menengok,menebeng,  menyorak untuk menyaksikan siapakah yang bakal monang.
    Maka berbarislah orang menyaksikan siapakah bakal menantu raja. Maka bersiap sedialah orang yang nak menyeborang. Ado yang teragak-agak, ado yang takut nak menyoborang maklumlah kalau terjun ke dalam sungai tu kompom 99 peratus maut.
    Maka pengadil pun akan meniup wisel tanda pertandingan bermula. Bolum sompek pengadil nak meniup dah ado sorang dah torojun dulu. Lopeh tiup tak sorang pun torojun.
    Maka orang ramai pun bersorak. Apo layi yang torojun tadi berkecapus dio beronang. Lopeh sampai seborang.
    Cubo bayangkan bagaimana perasaan dio tu. Maka di pendekkan cerito diumumkan si Mamat tu sah monang dan layak nikah dengan puteri raja  tu, tetapi sobolum di umumkan rajo koba kek dio minta lah apo sajo yang kau mahu akan ku tunaikan hajat kau wahai si Mamat.
    Mamat tu pun koba kek rajo.
    "Tuanku sei tak nak apo-apo doh. Cumo tolong bagi tahu siapakah yang menolak sei torojun ke dalam sungai tu? Berkecapus sei nak menyelamatkan diri sei ni. Jet ski pun tak laju macam sei beronang tadi.
    “Cubolah bayangkan. Kito datang nak tengok tapi ditolak orang ke dalam sungai."
(bayangkan diri anda adalah si mamat tu ha ha aha salam goli -goli daripada adam tahir)

Tiada ulasan: