JVC DV500E |
JVC GY-HD101E |
Mitos 1: Kamera video berkualiti broadcast adalah pilihan terbaik untuk menyediakan video korporat atau sewaktu dengannya.
Mitos 2: Edius berserta capture board DV Storm adalah pilihan terbaik untuk kerja-kerja suntingan video berkualiti tinggi.
Benarlah kata bijak pandai, sebahagian yang menjadi kepercayaan dan pegangan kita tidak semestinya benar pada semua masa. Sebahagian daripadanya cuma mitos. Lebih hodoh, mitos yang kita bina sendiri. Bagaimana untuk mengelakkan mitos yang kita bina mencengkam diri, ikuti pengalaman peribadi tukang catat, sehari-dua ini.
Khamis lalu, rakan lama Samsudin Hamidan (Sam) datang ke rumah dengan laptop bertaraf `biasa-biasa cuma’ tapi dapat menunjukkan hasil kerja yang boleh dibangga.
Canon Legria |
Dia menggunakan perisian Corel VideoStudio Pro FX3 dan aku terpaku lalu keesokannya bersama Sam ke Digital Mall, PJ lalu membeli versi FX4nya. Lalu… Edius3 yang ada dalam laptopku, `kubuang selalu’ (kecek Kelate).
Sewaktu ronda-ronda di Digital Mall, kami berdua lalu di kedai Canon lalu jatuh cinta dengan Legria yang cuma berharga RM1,600 tapi kualitinya Full HD. Saiznya cuma sebesar penumbuk tapi kualiti yang terhasil, menumpaskan JVC yang kubeli RM21,000. Lalu… biarlah JVC itu tidur di situ dan tidak berasa malu lagi membawa Legria yang bagai katak yang bertenggek di atas gajah (Legria yang menggunakan tripod Manfrotto JVCku).
Apa yang ingin ditegaskan di sini:
1. Tidak semestinya yang MAHAL itu baik.
2. Tidak semestinya yang BESAR itu bagus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan