Halaman

Rabu, 10 Ogos 2011

Basikal Dalam Payo

Dek terlampau suko dapek basikal baru adik Pilus yang ketika itu baru darjah dua sekolah Kampung Pinang Sebatang, tak ingat nak balik rumah. Makan tengah hari pun dio lupa. Maklumlah dapek hadiah basikal.
    Ayah eh motong gotah jo. Dio anak yang bongsu dari dua adik-beradik. Yang tuo akak eh baru nikah tiga bulan. Abang ipar eh sojar (asokar ) poyi sempadan malam nanti baliklah sobab dah tiga bulan dalam hutan.
    Adik Pilus ni kayuh basikal bersama kawan-kawan eh. Sambil bernyanyi berkayuhlah mereka di kawasan bukit. Naik bukit, turun bukit lalu kawasan payo. Masuk lurah jumpa hutan kocik, jumpa lalang, jumpa tanah rato, ado perigi buto, jumpo lurah, ada busut dan akhir sekali sampai topi payo. Dio pun ponek dan berehat.
    Cuaca ketika itu paneh lalu dio lotakkan basikal baru tu topi payo dan torus buka baju torojun dalam payo mandi-mando bersama kawan kawan eh. Bilo dah sonjo masing masing naik ambik basikal masing masing tapi basikal Pilus dah di curi oleh orang yang tidak di kenali.
    Adik Pilus susah hati. Pasti ayah eh akan rotan, maklumlah basikal baru. Dek terlampau takut dio tak mahu balik tapi hari sudah mulo golap.
Abah dan keluarga eh mulo risau. Mulo operasi mencari dilakukan oleh orang kampung. Pueh ke hulu ke hilir mencari adik Pilus. Kakak eh duduk di rumah menunggu suami akan pulang.
    Akhirnya misi mencari adik Pilus di sambung esok. Akak pilus nama Faridah menyambut kepulangan suami. Maklumlah dah tiga bulan dalam hutan.
    Lopeh makan dan selosai sembahyang kedua-dua pengantin baru yang nak buruk tu masuk beristirahat dalam bilik.
    Sambil berbaring berdua- duaan, masing-masing menceritakan rindu masing masing. Si Faridah pun bertanya kepada suaminya.
    “Bang! Bang! Abang masuk hutan jumpa komunis tak?”
    “Tak.”
    “Abang lalu kawasan yang macam mano?”
    “Fugh! Masuk hutan teruk abang kena lalu dan masuk kawasan bukit- bukit, lepas tu abang lalu kawasan hutan kecil, kawasan lalang, lepas jumpa busut lepas tu jumpa lurah dan akhir sekali dah penat baru jumpa payo.”
    Bilo sebut saja paya, rupa-rupanya adiknya Si Pilus tu dek terlampau takut menyorok dalam bilik kak dio, dio dongar perbualan kakak dan abang ipar dio. Bilo sobut sajo jumpo payo, terpacul kepala adik Pilus bawah katil, keluar kepala eh menanyo abang ipar eh.
    “Bang! Bang! Jumpa basikal adik tak kek payo tu?
    Cerito tu beronti takat tu. Sobab jawapan eh kek diri anda.
    Salam goli-goli daripada Adam Tahir

Catat Ulasan