Sabtu, 6 Ogos 2011

Kalau Nak Susahkan Dia, Tolonglah Dia!

Sewaktu sedang berbual-bual kosong dengan Pak Wan, telefon bimbitnya kedengaran berbunyi. “Minta maaf bang! PEK! (Pegawai Eksekutif Kanan),” katanya. “O.K! Teruskan,” aku menjawab pendek sambil meneruskan kerja. Sesekali aku mencuri juga  isi perbualan. Perbualan yang kedengaran cukup mesra.
    “Terpulang pada youlah. Kalau nak susahkan dia, tolonglah dia.” Kedengaran Pak Wan menutup perbualan dalam senyuman.
“Apa halnya?,” tanyaku selamba.
    “PEK. Dia minta pendapat aku, boleh tak dia tolong Kiah (Pembantu Rendah Am kami) sekali lagi.”
    “Tolong pasal apa?”
    “Kiah nak buat overlapping loan. Walaupun take home paynya cukup-cukup makan tapi dia masih cukup syarat untuk meminjam lagi,” Pak Wan memberi keterangan lanjut.
    “Jadi PEK serba salah. Kalau dia sahkan penyata perbelanjaan Kiah bermakna dia boleh buat pinjaman lagi tapi pada masa yang sama beban hutangnya bertambah.”
    “Jadi apa nasihat Pak Wan beri?”
    “Saya kata, kalau nak susahkan dia tolonglah dia. Sahkan saja penyata perbelanjaan bulanannya. Dapatlah dia membuat pinjaman lagi,” jawab Pak Wan tersenyum sumbing.

Tiada ulasan: