Pertama kali aku melihatmu, hatiku sudah terpaut. Aku jatuh cinta pandang pertama kepadamu. Ketika itu aku berusia 19 tahun. Teman-teman sekelasku yang memperkenalkanku denganmu.
Pantai Batu Feringgi telah menjadi saksi pertemuan pertama kita. Ketika itu aku terpisah jauh dari keluargaku kerana menuntut ilmu. Dan kau telah berjaya mengubat kerinduan yang bersarang dilubuk hatiku. Sejak saat itulah, kau mula bertakhta dihatiku.
Pabila saja kita bertemu, aku suka merenungmu di kejauhan, memerhatikanmu tanpa jemu. Gayamu, suaramu, bahasamu,
suasana sekitarmu, semuanya memukau jiwa dan hati nuraniku. Kau juga
memandangku dari jauh dengan kelembutanmu. Kita saling memendam rasa. Dan aku sentiasa mengukir senyuman untukmu, bilamana kita bertemu.
suasana sekitarmu, semuanya memukau jiwa dan hati nuraniku. Kau juga
memandangku dari jauh dengan kelembutanmu. Kita saling memendam rasa. Dan aku sentiasa mengukir senyuman untukmu, bilamana kita bertemu.
Aku juga suka sikapmu. Sikapmu yang sabar. Aku suka semangatmu. Semangatmu yang kental dan tidak kenal putus asa. Kau sentiasa berusaha gigih. Aku suka segala-segalanya tentang dirimu. Aku tahu kau sentiasa setia denganku, sebagaimana aku setia kepadamu.
Padamu aku curahkan segala duka. Kau menjadi pendengar yang setia bagiku. Kau membawa jauh segala dukaku. Memandangmu hatiku bagai dipuput bayu, terasa damai, tenang dan bahagia. Aku ingin selalu berada di sampingmu. Kali terakhir aku menemuimu, teramat gembira kurasakan apabila kau mengejarku, dan aku pula berlari-lari jauh agar kau tidak
menyentuhiku. Sungguh bahagia kurasakan saat itu.
menyentuhiku. Sungguh bahagia kurasakan saat itu.
Sayangnya aku tidak berupaya untuk menemui dirimu selalu. Kau jauh, terlalu jauh dariku. Jarak dan masa memisahkan kita. Bagaimanapun aku berjanji, aku akan sentiasa berusaha untuk menemuimu. Aku akan meluangkan masa untukmu. Bermesra dan bermanja denganmu. Aku ingin membelaimu. Aku seperti kekasih yang selalu merinduimu bila berjauhan.
Dan aku mengumpul semua rinduku, setiap hari aku berjauhan darimu…darimu…Ombak dan Laut.
Ya, aku masih mencintaimu, ombak dan laut! Walaupun diriku telah hampir dimamah usia. Aku tetap mencintaimu, dulu, kini dan selamanya!
Dan kau juga masih setia menungguku, menyapaku dengan kelembutanmu, bilamana aku menemuimu buat kesekian kalinya…
oleh: Sharifah Intan Thalathiah
2 ulasan:
Terima kasih En Zul... :))
Yesterday from: Mariam Zainal
salam intan, selamat berpuasa dr saya
komen saya...hai bila membacanya terasa seperti saya mula2 dilamun cinta..amat menyentuh jiwa..terasa seperti berhadapan dengan sang kekasih yg pertama kali hadir dlm hidup kita....shahdu, rindu kpdnya seperti baru semalam bertemu muka....hati bagai ..aaah tak tau saya nak kata ape...intan membangkitkan rasa cinta saya yg masih samar2 utk si dia.....
apa2pun intan saya ucapkan syabas , intan boleh jd penulis yg berbakat, kata2 intan mmg menyentuh jiwa dewasa saya..ha ha ha
Catat Ulasan