Sah! Ding melakukan juga pekerjaan terkutuk itu. Baru beberapa hari lepas dia bercerita kepadaku, kiriman wang dari Bangkok belum sampai dan terpaksa meminjam wangku untuk makan.
Ding, rakan sekuliah, Wartawan Penyiaran Terbaik Thailand 1994. Beliau membuat sarjana dalam bidang penyiaran dengan belanja sendiri tanpa biasiswa.
Ding aku lihat baru saja keluar dari China Town, petempatan warga Asia khususnya China di tengah-tengah kota metropolitan Manchester. Hari masih pagi ketika itu. Aku terlihatnya sewaktu bas berhenti di perhentian ketika hendak ke universiti.
Ding yang duduk di depan sekali |
Prejudis wanita Thai dengan aktiviti `menjual diri’ segera menyerang. Entahlah! Aku tidak pasti sama ada ia berpunca daripada perasaan cemburu atau kasihan. Apa yang aku agak pasti, Ding mungkin tidak ada pilihan lain.
Sewaktu bersamanya dalam beberapa siri kuliah, aku bagaikan tidak melihat Ding seperti Ding yang dulu. Entah beberapa kali aku teruja untuk bertanya secara terus-terang. Bagaimanapun hasrat itu sering saja terbatal.
Sehinggalah pada suatu pagi yang lain, aku masih terlihat Ding keluar dari China Town. Kali ini wajahnya kulihat terlalu letih dan bagaikan tidak bermaya. Seri wajah Ding hilang.
Hanya selepas kuliah keesokan petangnya aku berpeluang bercakap dengan Ding sambil menghirup kopi panas di kafe fakulti. Aku tidak membuang masa lalu bertanya mengenai kehadirannya di China Town pada awal pagi.
”Zul! Kau seperti pelajar dari Malaysia yang lain cukup beruntung. Kau ada biasiswa.
”Sejak beberapa minggu ini, aku terpaksa bekerja di Restoran Makanan Thai pada setiap malam.
”Aku tidak sempat pulang dan terpaksa bermalam di sana,” katanya sambil memulangkan wang yang pernah dipinjamnya.
Aku terdiam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan