Halaman

Selasa, 7 Jun 2011

“Tak Ada Tongkat Ali, Siap Mama!"


Seorang anak kecil berusia empat tahun sering melihat papanya minum kopi tongkat ali di rumahnya, sama ada pagi atau petang.
       “Papa minum air apa tu?” soal si anak kepada bapanya pada suatu pagi.
       “Tongkat ali,” jawab si bapa bersahaja.
       “Sedap ke, papa?” soal si anak lagi sambil memerhatikan si bapanya menghirup minuman itu dengan penuh nikmat.
       “Sedap juga,” ujar si bapa lagi dengan bersahaja.
       Keesokannya, si anak kecil itu mendekati si bapa yang sedang menghirup kopi tongkat ali lagi. Kali ini si anak tak bertanya apa-apa kepada bapanya. Sebaliknya si anak itu hanya memerhatikan sahaja bapanya dan sesekali meneguk air liurnya sendiri.
       Kemudian si anak kecil itu beredar kepada ibunya.  “Mama, papa minum air apa tu? tanya si anak sambil mendongak kepada ibunya.
       “Papa  minum kopi tongkat ali,” jawab si ibu bersahaja.
       “Adik nak, ma…” ujar si anak.
       “Hissy… mana boleh. Adik kecil lagi. Mana boleh minum tongkat ali,” balas si ibu,
       “Adik nak tongkat ali..!” bentak si anak agak kuat.
       “Tak boleh. Tongkat ali  untuk orang dewasa saja. Budak-budak tak boleh minum,” balas si ibu dengan suara yang agak kuat juga.
       Si bapa tersenyum memandang telatah dua beranak itu. Sementara si anak kecil beredar dari situ dengan wajah yang mencuka kerana kehendaknya tidak kesampaian.
       Beberapa minit kemudian, si anak datang kembali mendekati ibunya.  “Bila adik dah besar nanti, mungkin tongkat ali dah tak ada masa tu. , siapa mama…!” ujar si anak kecil itu sambil menjeling tajam kepada ibunya.
       Kemudian si anak berlalu meninggalkan si ibu yang memandang kepadanya dengan terkebil-kebil. Si bapa hanya tertawa terbahak-bahak melihat telatah anak lelaki mereka yang agak nakal itu. 
oleh: Mazemie Maz


Catat Ulasan