Rabu, 1 Jun 2011

Makanan Pakistan ke London

Tahun 1986. Itu pengalaman pertama menaiki kapal terbang. Perjalanan yang agak panjang, Kuala Lumpur-Heathrow kerana mengikut isteri yang sedang belajar di Universiti Birmingham.
      Sesuai dengan tarafku, juga seorang pelajar di universiti tempatan kami tiga beranak menaiki Pakistan International Airlines (PIA). Tiket pergi baliknya cuma RM1400. ketika itu.
      Dengan penerbangan itu, baru aku tahu tidak semua syarikat penerbangan menggunakan wanita sebagai pramugari. Sebaliknya dalam pesawat itu cuma ada dua pramugari dan selebihnya lelaki.
      Paling aku tidak lupa makanannya. Makanan ala Pakistan juga – semuanya berasaskan kari. Mula-mula menerima hidangan, aku makan serakusnya; maklumlah baru hendak merasa sebagai `orang besar’.
      Oleh kerana perjalanan terlalu lama (transit di Karachi dan singgah di Dubai dan Amsterdam), banyak juga pusingan waktu makan aku hadapi. Kalau pada awalnya aku cukup berselera tetapi tidak kemudiannya. Tekakku dan sendawaku, semuanya berbau kari.
     Agaknya selepas transit di Dubai, aku tidak berselera makan lagi.

Tiada ulasan: