Ahmed Ali |
Ahmed @ Imam bersama tukang tulis dan Zafar |
Ahmed Ali, pemuda mirip Saif Ali Khan itu aku lihat menyepi di sudut ruang terbuka restoran mamak itu. Pagi masih awal, sekitar jam 6.00 pagi - pelanggan belum ramai lagi. Sesekali aku lihat dia semacam mendengus; melepaskan resah.
Tidak seperti biasanya, aku membiarkannya sahaja, Kalau tidak, dari kejauhan lagi, aku melafazkan Assalamualaikum dengan suara yang kuat, “Assalamualaikum Imam.”
Itulah panggilan kegemarannya - imam.
Aku memanggilnya begitu kerana dia memang imam madrasah di Punjab, Pakistan. Ahmed baharu tiga minggu di sini. Dia masih sukar untuk berkomunikasi. Dia berbahasa Urdu dan aku, Melayu.
Sewaktu menyampaikan hajat melalui penterjemah tidak bergaji, Zafar, Ahmed beria-ia meminta aku menolongnya untuk mendapatkan pekerjaan; jadi imam di sini.
Mungkin ada kawan memberitahu bahawa aku salah seorang orang penting di masjid walhal cuma setiausaha Jawatankuasa Pendidikan dan Latihan.
“Cakap sama dia, imam di sini kerajan yang lantik. Orang luar tak boleh jadi imam,” aku meminta Zafar menjelaskan kepadanya.
Dalam senyum manisnya, Ahmed mengangguk-angguk tanda faham tetapi kemudiannya segera bertanya kepada Zafar dalam bahasa Urdu.
“Abang… Kalau tak boleh jadi imam, dia mahu minta kerja sama abang. Jaga kebun pun boleh,” jelas Zafar. Ternyata Ahmed desprate. Mungkin dia terdegar percakapanku dengan Zafar semalam mengenai hasratku untuk mencari pekerja di kebun getahku yang sudah lama terbiar.
“Beritahu dia, kebun di Malaysia tidak sama macam di Pakistan. Di kampung saya nanti, dia tak dapat berkawan dengan orang. Kalau hendak tinggal di rumah mentua yang kosong, ia terpencil juga,” jelasku.
“Pekerja Indonesia lebih sesuai di sini - sama bahasa, sama budaya, aku meminta Zafar menjelaskannya lebih lanjut. Ahmed kulihat pasrah.
Mungkin keadaan itu menyebabkan Ahmed mermbawa diri pagi itu; tidak berbual dengan Zafar, Mohamad Idris, Mohd Shobi, Praboo dan lain-lain yang menghambil syif 7.00 malam - 7.00 pagi.
Setelah lebih lima minit bersendirian, Ahmed menghampiri meja kami. Dia bercakap sesuatu dengan Zafar dan Zafar segera menterjemahkannya.
“Abang…! Ahmed tak mahu kerja sini lagi. Itu hari saya dengar dia cakap dengan bos mahu berhenti.”
Aku tersentak sewaktu Zafar menjelaskan punca Ahmed berhenti.
“Abang. Ahmed banyak kuat ini agama. Dia tidak dapat hidup serumah dengan orang Hindu,” Zafar terus member penjelasan.
“Abang. Ahmed banyak kuat ini agama. Dia tidak dapat hidup serumah dengan orang Hindu,” Zafar terus member penjelasan.
“Daripada 25 pekerja di sini, cuma enam orang sahaja Islam,” simpulnya.
Tiga hari kemudian, aku tidak melihat wajah Ahmed lagi. Aku bagai kehilangannya dan tiba-tiba wajah Major Veer Pratap Singh (Shahrukh Khan) kelihatan jelas menangis di sempadan India-Pakistan seperti adegan filem kegemaranku Veer Zara. Lagu Tere Liye tiba-tiba juga menyusup lembut di telinga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan