Halaman

Sabtu, 9 Julai 2011

Cerita-cerita Sebelum Tidur

Sejak sekian lama, cerita-cerita sebelum tidur (bedtime stories) sentiasa diperlukan oleh ibu bapa untuk menidurkan anak masing-masing; tidak kisahlah mereka masih berumur empat tahun atau sudah tua tapi masih mahu bernaung di bawah ketiak ibunya.
     Saya sendiri sejak lebih 30 tahun lalu sering sahaja ketandusan cerita walaupun mempunyai stok yang besar yang dikumpul untuk ceritaapaapasaja tapi bukan semuanya sesuai untuk mereka.
     Kini Siti Haryati (anak sulung) telahpun mempunyai anaknya sendiri; juga memerlukan cerita yang sesuai dengan zaman anaknya (cucu saya). Haryati sewaktu hendak ditidurkan dulu selalu sahaja menyebut dalam separuh tidur,”Ayah! Cerita tu ayah dah cerita dululah,” yang kadang-kadang membuatkan aku bungkam.
     Jadi, mari kita himpun cerita; cerita untuk anak cucu kita. Antara ciri cerita yang diperlukan.
* Kukuh akar tradisi budaya Malaysia.
 * Sesuai untuk kanak-kanak yang baru mula membaca hingga sekitar umur sembilan tahun.
* Cerita diharap membangun personaliti berwibawa. Contoh: Bersikap positif, luwes, terbuka dan sebagainya.
* Percaya kepada kewujudan Allah dan Tuhan bagi agama lain.
* Cerita pengalaman sendiri `Sewaktu Kecilku’ juga sesuai untuk kategori ini.
* Panjang (sesedap dibaca atau diceritakan sewaktu hendak menidurkan kumpulan sasar).
* Cerita boleh dihantar dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris (ia akan terbit dalam dua versi. 
Cerita-cerita versi bahasa Melayu yang menarik akan diterjemah ke bahasa Inggeris dan begitu juga 
sebaliknya).
 * Tempoh penghantaran cerita – sehingga 30 September 2011 (tiga bulan).
Catat Ulasan